“Orang Yang Beri Bantuan Subuh Lagi Dah Bangun, Orang Yang Mohon Bantuan Pula Matahari Terpacak Pun Tak Bangun Lagi”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam Islam, sedekah sangat digalakkan kerana amalan seperti ini boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Pemberian sebagai satu pujian, penghargaan, kenangan dan tanda kasih sayang.

Umum mengetahui, amalan bersedekah dan memberi ganjaran hadiah kepada orang yang memerlukan dapat memperkukuhkan ekonomi Islam malah dapat membantu para fakir miskin serta orang yang kurang kemampuan. Malah di Malaysia, ramai yang suka sumbangkan barangan atau bersedekah tetapi jauh mana orang yang menerima sumbangan itu menghargai si pemberi.

Bukan semua berperangai seperti itu, tetapi sesetengah masyarakat yang ‘malas’ untuk mencari keselesaan keluarga. Apa yang dikongsikan oleh Puan Natipah Abu ini menerusi laman Facebooknya mengenai realiti kehidupan sesetengah masyarakat kita.

Sebenarnya, ilham dan usaha untuk mencari kami pun, datangnya dari isteri. Mesej dan panggilan telefon yang kami terima, biasanya dari yang bernama isteri!

Orang yang nak beri bantuan …subuh-subuh lagi dah bangun. Orang yang memohon bantuan pula …matahari terpacak di atas kepala pun masih ada yang melingkar di bawah selimut lagi.

Puas beri salam, tawaf keliling rumah barulah daun pintu dibuka. Terpacaklah kami di muka pintu menunggu mereka merapikan diri. Bukan sekali dua malah berkali-kali kami hadap situasi begini.

Si suami biasanya membatukan diri menerima kunjungan kami. Hendak bangun bersalam dgn pihak kami yang datang, jauh sekali. Yang pulun nak bersalaman ialah anak-anak berderet yang sepatutnya ketika itu , ada di dalam bilik darjah. 

Tetapi biasanya, isteri mereka ini sangat sayangkan suami. Sebab itulah sanggup setia di sisi walau dalam serba kekurangan dibelenggu kemiskinan. Kasih sayang dan kesetiaan itu bukan saja dilihat dengan zuriat yang ramai.

Bahkan bila kami bertanya tentang pekerjaan suami maka si suami tak perlu menjawab pun. Isterilah yang akan menjawab bagi pihak suami dengan berbagai alasan yang sedap didengar. Yang penting ada alasan kukuh untuk menutupi keadaan suami yang sihat walafiat tetapi tidak bekerja itu.

Sebenarnya, ilham dan usaha untuk mencari kami pun, datangnya dari isteri. Mesej dan panggilan telefon yang kami terima, biasanya dari yang bernama isteri!

Jadi, ubahlah sikap kita sebagai suami dan ketua keluarga untuk lebih bertanggungjawab menjaga kesejahteraan ahli keluarga yang lain. Jangan sesekali memberi beban kepada sang isteri.

Sumber: Natipah Abu

Sumber : SiakapKeli