Amazfit Verge Lite Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM399

Amazfit merupakan salah satu pengeluar jam tangan pintar yang popular, dan menawarkan jam tangan pintar mereka pada harga sangat kompetitif. Terbaru, kini mereka telah mula menawarkan Amazfit Verge Lite untuk pengguna di Malaysia.

Amazfit Verge Lite hadir dengan rekaan skrin bulat 1.3-inci AMOLED, bateri berkapasiti 390mAh, dilengkapi sistem GPS dan pengimbas nadi. Ia turut dilengkapi sokongan kalis air IP68 bersama dengannya.

Amazfit mengatakan ia mampu menawarkan penggunaan selama 20 hari lamanya, selain turut digunakan untuk memantau sejumlah aktiviti, termasuk mengesan aktiviti tidur.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Verge Lite ini pada harga RM399 melalui kedai rasmi Amazfit hari ini.

Sumber : Amanz