KLCC – Sebuah Kebanggaan Malaysia

Mutakhir ini, manusia
berlumba-lumba mengejar kemajuan. Teknologi baru dibangunkan seiring masa yang
berlalu.  Salah satu bentuk kemajuan yang
dikejar ialah pencakar langit. Ia seolah satu penanda aras tahap kemodenan
sesuatu negara. Ya, bangunan tinggi dengan ratusan meter tinggi hingga mencecah
awan, meninggi ke langit..

Setiap negara dunia mempunyai hasrat untuk membina bangunan pencakar langit, agar mampu mendabik dada dengan bangunan itu, sebagai satu kebanggaan rakyat sebuah negara.  Bangunan pencakar langit pertama dibina sekitar tahun 1885 di Chicago, United States of America. Bangunan Insurans Perumahan (Home Insurance Building) yang mempunyai 10 tingkat dengan ketinggian 42 meter. Ia dipanggil “The Father of Skycrapper” selaku bangunan pencakar langit pertama didunia.

Sekitar tahun 1973, sebuah
bangunan bernama Sears Tower di Illinios, Amerika pula diangkat selaku bangunan
tertinggi di dunia. Dengan ketinggian 442 meter, bangunan ini mempunyai 110
tingkat yang dihuni  dan digunakan
sebagai bangunan pejabat beberapa syarikat gergasi Amerika Syarikat.

Dua dekad seterusnya,
sebuah negara kecil Asia cuba mengatasi Amerika Syarikat dalam pembinaan
bangunan pencakar Langit.  Bangunan milik
syarikat petroleum Malaysia itu dengan ketinggian 452 meter mengukir nama baru
dalam sejarah pencakar langit.

Kuala Lumpur City Centre (KLCC) disiapkan pada tahun 1996. Kerja penambakan tanah dimulakan pada tahun 1991 dan mengambil masa enam tahun untuk disiapkan. Bangunan ini dirasmikan pada tahun 1999, pada tarikh yang sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-42. Majlis perasmian bangunan yang menjadi ikon Negara ini dirasmikan oleh Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang berucap
semasa majlis perasmian itu berkata,

Sesungguhnya hari ini adalah amat istimewa bagi rakyat Malaysia kerana
kita menyambut dua peristiwa yang bersejarah dan penting. Pertama, hari ini
merupakan hari ulangtahun menyambut kemerdekaan kita yang ke-42, dan yang kedua
kita akan saksikan sebentar lagi pembukaan rasmi Menara Kembar PETRONAS,
bangunan tertinggi di dunia.”

Walaupun KLCC telah dibuka dan diduduki lebih awal iaitu sekitar tahun 1997, majlis perasmian bangunan ini diadakan lewat sedikit iaitu setahun selepas siap. Tanah yang dahulunya ialah sebuah tapak perlumbaan kuda kini menjadi tertegaknya sebuah pencakar langit  

Hari ini, bangunan ini menjadi tempat bekerja hampir 10 ribu rakyat malaysia dan pusat membeli belah terkemuka iaitu Suria KLCC. Satu menara digunakan sebagai ibu pejabat syarikat petroleum negara, Petronas dan satu lagi menara ialah bahagian pejabat syarikat gergasi Malaysia dan dunia seperti Khazanah, CNN, dan Al Jazeera.

Bangunan ini mempunyai
88 tingkat dengan ketinggian 452 meter. Keunikan bangunan ini ialah berbentuk
menara berkembar dan mempunyai jambatan antara dua menara. Jambatan itu
terletak pada tingkat 41 dan 42, berketinggian 170 dari lantai. Panjang
jambatan ini ialah 58.4 meter hampir menyamai empat buah bas yang disusun
sebaris. Jambatan yang berasaskan bahan keluli dan kaca itu mampu membuatkan
para pengunjung terpegun dengan pemandangan kota Kuala Lumpur.

Kos pembinaan bangunan
ikonik ini ialah RM1.8 billion dan mengambil masa hampir enam tahun untuk
disiapkan. KLCC masih berada diatas takhta bangunan berkembar paling tinggi dan
di tangga ke-14 bangunan tertinggi didunia.

Arkitek
Cesar Pelli

Lelaki ini ialah orang
yang bertanggungjawab mereka bentuk bangunan ini semasa kerja perancangan
pembinaan bangunan ikonik ini. Beliau juga yang mencadangkan reka bentuk menara
berkembar pada permulaan perancangan.

Cesar Pelli dilahirkan
di Argentina pada tanggal 12 oktober 1926. Beliau merupakan salah seorang
arkitek termahsyur sekitar abad ke-20.  Selepas
mendapat ijazah sarjana muda dalam seni bina di Tucumán National University,
Argentina, Pelli berpindah ke Amerika Syarikat dan melanjutkan pelajaran di University
of Illinois di Urbana-Champaign, di mana beliau menerima ijazah sarjana pada
tahun 1954.

Antara hasil kerjanya
yang terkenal ialah Pusat Rekaan Pasifik di Los Angeles, kedutaan AS di Tokyo,
pengubahsuaian Muzium Seni Moden di New York City, Pusat Kewangan Dunia dan
Winter Garden di New York City, Menara Canary Wharf di London, dan Menara
Carnegie Hall di New York City. Pusat Reka Bentuk Pasifik, yang terkenal dengan
reka bentuk luaran kaca dan geometri kaca reflektif, adalah antara hasil rekaan
Pelli yang terawal.

Dalam satu temubual
oleh wartawan National Geography untuk siri dokumentari Mega Structure – Kuala
Lumpur City Centre.

“I
was been ask to design a building with Malaysian building.”

I ask the them, what do you mean about Malaysian building, they have no
idea
?”

Reka bentuk KLCC hari
ini diilhamkan dari perdana menteri Malaysian ketika itu, Dr mahathir Mohamed.
Beliau yang turut serta dalam memberi idea menunjukkan reka bentuk lantai
bangunan kepada Cesar Pelli. Berbentuk segi empat bertindih memanca atau
bintang dengan lapan bucu, dalam seni bina islam ia adalah simbol kepada tertib
dan harmoni. Dalam kaligrafi Arabic dipanggil Rub el Hizb simbol.

Pelan ini direka sepenuhnya oleh Pelli dalam tempoh lapan bulan. Untuk menambah kestabilan dan keluasan lantai, Pelli menambahkan separa bulatan disetiap sudut namun mengekalkan bentuk asli.

Kontraktor

Pembinaan dua menara ini dilaksanakan oleh dua kontraktor yang berbeza iaitu Hazama Corporation untuk menara satu dan Samsung Engineering & Construction untuk menara dua dan juga jambatan antara dua menara itu. Kedua-dua syarikat ini dari dua negara yang berbeza iaitu Jepun dan Korea Selatan.

Beribu tenaga kerja
dari Malaysia dan pekerja asing semasa dalam proses pembinaan bangunan ikonik
ini. Dua menara ini diberikan kepada dua syarikat berbeza untuk mewujudkan
persaingan antara mereka. Supaya mereka berlumba untuk tampil menjadi yang
terbaik dimata dunia.

Disebabkan kawasan
tanah yang kurang stabil ditapak pembinaan, pihak kontraktor mengalihkan
kedudukan kira-kira 60 meter ke arah tenggara dari tempat asal bangunan itu.
Hasil kajian dan penilaian tanah, bahagian batu kapur dibawah permukaan tanah
kawasan ini menjadi kebimbangan buat pemaju. Khuatir bangunan tinggi ini akan
menyendeng dalam tempoh beberapa tahun kerana pergerakkan tanah batu kapur yang
tidak stabil.

Malaysia juga bukanlah negara yang mempunyai sumber bahan besi yang banyak seperti negara Eropah. Bahan binaan utama negara ini juga ialah konkrit. Kebanyakkan bangunan  tinggi yang ada pada masa seperti Sears Tower dan Empire State Building menggunakan besi sebagai bahan kerangka utama bangunan.

Penggalian tapak asas dan proses menanam cerucuk bermula pada tahun 1991. Untuk menampung bangunan yang tinggi dan besar, tapak asas yang kuat. Berdasarkan rekod, kira-kira 500 buah trak tanah dikeluarkan dari tapak pembinaan. Tapak asas sedalam 21 meter siap digali dalam tempoh beberapa bulan selepas itu.

Ini direkod sebagai
proses kerja konkrit secara berterusan secara 54 jam dalam sejarah Malaysia. Untuk
konkrit bidur asas dengan ketebalan 4.6 meter itu, lebih seribu trak konkrit
digunakan untuk mengangkut bahan itu ke tapak pembinaan ini.

Menara dua siap awal
seminggu lebih awal berbanding menara satu. Kontraktor menara dua iaitu Samsung
Engineering & Construction bersama Kukdong Engineering juga kontraktor yang
bertanggungjawab semasa pembinaan jambatan langit KLCC.

Berdasarkan penerangan
projek itu ringkas, bahagian dinding kaca itu dibina dengan bersegi supaya
cahaya matahari yang menyinari bangunan itu terpantul dan membentuk biasan
cahaya yang cantik. Cesar Pelli juga mempunyai visi supaya bangunan itu
kelihatan seperti berlian yang tertegak dilangit.

Keselamatan
Dan Sekuriti Bangunan

Sebagai pemegang status
bangunan berprestij, tentunya bangunan ini terdedah kepada ancaman pengganas
dan situasi kecemasan. Sudah beberapa kali bangunan ini dikosongkan kerana
penemuan beg mencurigakan yang disyaki bahan letupan. Namun syukur beg dan
bungkusan itu Cuma beg pakaian yang tidak berisi bahan letupan.

2008 – Sebuah beg
dijumpai di kawasan tempat letak kereta dengan keadaan mencurigakan. Unit
pemusnah bom dikerahkan dan bangunan itu dikosongkan serta merta. Pihak polis
mendapati beg tersebut berisi pakaian.

2015 – Tindakan empat remaja meninggalkan beg galas mereka diluar bangunan KLCC kemudian memasuki ruang membeli belah menimbulkan suasana panik kepada pengunjung. Anggota unit pemusnah bom dikerah ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dari pihak keselamatan KLCC.

Tindakan pantas unit pemusnah bom kemudiannya menemui pakaian dalam beg galas tersebut dan suasana kembali tenang selepas polis mengesahkan tiada bahan letupan ditemui. Empat remaja itu kemudian dibawa ke balai polis untuk mengambil keterangan kemudian dibebaskan.

2016 – Dua buah bekas
berbentuk baling ditemui oleh pekerja pembersihan dan dilaporkan kepada pihak
keselamatan KLCC. Unit pemusnah bom dikerah ke tempat kejadian. Pihak Petrosains
kemudian mengesahkan dua balang tersebut ialah cenderamata dari Petrosains
kepada pelajar yang membuat lawatan.

Sebagai langkah
menjimatkan ruang, sistem lif berganda direka untuk bengunan ini. Syaf utama
lif terletak di pusat menara iaitu bahagian tengah. Semua lif utama merupakan
lif dua tingkat terdiri daripada dek bawah yang mengangkut penumpang ke tingkat
bernombor ganjil dan dek atas untuk  ke
tingkat bernombor genap.

Untuk ke tingkat
bernombor genap dari tingkat bawah, penumpang perlu menaiki tangga bergerak ke
dek atas lif dari tingkat bawah.  Terdapat
juga 5 lif yang membawa penumpang terus ke tingkat 41/42 iaitu bahagian
jambatan langit. Untuk ke tingkat seterusnya iaitu melebihi 42, penumpang perlu
menaiki lif lain.

Lif ini mempunyai
beberapa ciri keselamatan. Penumpang yang terperangkap didalam lif hanya perlu
membuka panel pada bahagian dinding lif untuk keluar dari lif itu dan masuk ke lif
bersebelahan. Semasa pengosongan bangunan, hanya lif ulang-alik dibenarkan
untuk digunakan, iaitu ditingkat 1 dan 41/42. Oleh itu, jika ada kebakaran dibahagian
bawah bangunan, bahagian syaf lif yang tertutup ini tidak akan terjejas. Lif
untuk kegunaan anggota bomba juga disediakan sekiranya berlaku kecemasan.

Tangga kecemasan juga
disediakan untuk proses pengosongan bangunan. Dua tangga tetutup berada
dibahagian tengah bangunan dan satu dibahagian sisi bangunan untuk tingkat 43
ke bawah.

Untuk persediaan meghadapi situasi kecemasan, pihak pengurusan turut menyediakan rancangan persediaan semasa kecemasan atau Emergency Response Plan. Prosedur ini turut melibatkan bangunan sekeliling iaitu Menara Maxis dan Suria KLCC.

Pasukan tindakan
kecemasan (Emergency Response Team)
akan bersiap-siaga untuk tempoh 24 jam dan berganti syif. Satu unit kecil dengan
kekuatan tiga orang staf yang dilatih asas kebakaran dan rawatan awal akan
bertugas untuk situasi kecemasan. Mereka juga akan membantu sekiranya ada
mangsa yang terperangkap dalam bahagian lif.

Tahap kecemasan
dibahagikan kepada tiga tahap.

Tahap satu – Mampu
dikawal oleh pasukan tindakan kecemasan. Bahaya dan risiko ialah ditahap yang
minima. Pihak berkuasa akan dimaklumkan tentang situasi kecemasan itu untuk langkah
kawalan seterusnya.

Tahap dua – Tidak mampu
dikawal oleh pasukan tindakan kecemasan KLCC. Pihak berkuasa iaitu bomba dan
polis akan dipanggil untuk mengawal keadaan.

Tahap ketiga – Situasi
kecemasan dan bencana yang akan dikawalselia oleh Majlis Keselamatan Negara.

Kesimpulan

Tertegaknya bangunan
ikonik ini seolah memberi tahu dunia tentang kewujudan negara kecil Asia ini
lantas menjadikan Malaysia lebih terkenal dimata dunia. Walaupun KLCC tidaklah
lama berada dicarta tertinggi, tetapi usaha ini tetap berbaloi. Taipei 101
menjadi bangunan tertingi pada tahun 2004 kemudian dipintas oleh Burj Khalifa
pada tahun 2010.

Namun sehingga hari
ini, KLCC masih lagi bangunan berkembar tertinggi didunia. Pencakar langit
melonjak semakin tinggi, dan bandar-bandar terus merancangkan harapan mereka
terhadap bangunan pencakar yang tersendiri sebagai pengiktirafan kemodenan
tersendiri.

RUJUKAN:

  1. Arlida Ariff (2003) review of evacuation procedure for Petronas Twin Tower, CTBUH Research Paper.
  2. JFE Technical Report (2009) Lift-up Method for the Top Mast on the KLCC Tower, a Very High Building.
  3. L.Y Eng & L.S. Shong (2013) Substructure Constructions for Multi-phases Highrise Development in Kuala Lumpur City Centre, GNPgeo, Malaysia.
  4. S.Y Wong, Shafina Sabaruddin & Y.C Tan, Comparison of Malaysian practice (BS) versus EC7 on the design of driven pile and bored pile foundations under axial compression load.
  5. Ali Sayigh, Sustainable High Rise Buildings in Urban Zones, UK : Springer. DOI : 10.1007/978-3-319-17756-4
  6. Tim Bunnell (1999) Views from above and below: The Petronas Twin Tower and/in Contesting Visions of Development in Contemporary Malaysia, Department of Geography, Singapore.
  7. Malaymail( 2015) Bomb scare at KLCC Tower 2, Malaysia.
  8. Rashita A. Hamid ( 2008) Bomb hoax at KLCC, bag of clothes detonated, The Star Online.
  9. The Straits Times, Malaysia’s upcoming tallest skyscraper, The Exchange 106, has signed up major tenants, Singapore.
  10. Metronews (2015) In case of emergency, The Star Online, Malaysia.
  11. First SkyCrapper in the world. Guinness world records
    http://www.guinnessworldrecords.com/world-records/first-skyscraper/
  12. Ucapan Perasmian Menara Berkembar Petronas, Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif.
    http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=437
  13. Petronas Twin Tower, Encylopedia Britannica
    https://www.britannica.com/topic/Petronas-Twin-Towers#ref1123585
  14. Cesar Pelli, Encylopedia Britannica.
    https://www.britannica.com/biography/Cesar-Pelli
  15. Nor Azizah Mokhtar (2015) Beg Galas Remaja Disangka ada bom, Berita Harian, Malaysia
  16. Shannon Teoh (2008) 2 suspected
    explosives at KLCC detonated, but Malaysia’s police chief says they were
    souvenirs left by students, The Straits Times, Singapore.

The post KLCC – Sebuah Kebanggaan Malaysia appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots