A.I. Belajar Untuk Melukis Gaya Van Gogh, Turner dan Vermeer

Sekumpulan
penyelidik dari University of Maryland telah
melatih A.I. untuk meniru lukisan The
Starry Night oleh
Van Gogh, The
Eiffel Tower
oleh Seurat, lukisan landskap oleh Shen Zhou serta lukisan
minyak oleh Vermeer.

Setiap
gaya lukisan, A.I. ini dilatih melalui kaedah yang dikenali sebagai reinforcement learning. Kaedah ini menggunakan
kaedah cuba dan ralat supaya A.I. dapat belajar dan mengalami tindakan dan
kesilapannya sendiri. Setiap lukisan yang ditunjukkan, A.I. telah belajar untuk
mengenalpasti setiap sifat berus, ketumpatan warna, saiz warna serta lokasi
warna yang digunakan oleh pelukis.

Proses
latihan tersebut mengambil masa 6 jam untuk setiap gaya lukisan. Lukisan yang
dihasilkan oleh A.I. bertambah baik apabila setiap lukisan dihasilkan semakin
menepati lukisan asal. Paling menarik, apabila ditayangkan gambar yang baru,
A.I dapat menghasilkan lukisan berdasarkan gambar tersebut menurut gaya yang
dikehendaki. A.I. ini mampu menghasilkan The
Starry Night
dengan gaya Shen Zhou ataupun Vermeer – dan ia cuma mengambil
masa 5 minit saja untuk menghasilkannya!

Pasukan
penyelidik ini termasuk dalam kalangan penyelidik dari Adobe supaya sistem A.I.
yang mereka hasilkan dapat dimasukkan dalam prisian Adobe Photoshop. Menurut
Manocha, kemampuan A.I. dalam teknik lukisan hampir mencapai kemampuan manusia
ataupun lebih daripada manusia. Namun, Manocha percaya algoritma A.I. masih
belum mampu menandingi kreativiti manusia.

RUJUKAN:

  1. Jia, B.,
    Fang, C., Brandt, J., Kim, B., & Manocha, D. (2019). PaintBot: A
    Reinforcement Learning Approach for Natural Media Painting. arXiv
    preprint arXiv:1904.02201
    .
  2. https://www.newscientist.com/article/2200791-ai-learns-to-paint-in-the-styles-of-van-gogh-turner-and-vermeer/
  3. New
    Scientist ISSUE 3228 agress to indemnify New Scientist Ltd and New Scientist
    against any claim arising from incorrect or misleading translation.

The post A.I. Belajar Untuk Melukis Gaya Van Gogh, Turner dan Vermeer appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots