Doktor Ini Jelaskan Bila Waktu Dan Keadaan Sesuai Untuk Makan Pisang Dengan Betul

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua orang tahu, pisang merupakan buah-buahan yang paling istimewa di dunia khususnya di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis pisang yang berbeza warna, saiz dan bentuknya. Pisang bukan sahaja menjadi pujaan orang ramai ketika ia masak tetapi bila dihidangkan dalam bentuk pisang goreng, kerepek mahupun kek pisang ia tetapi menjadi kesukaan masyarakat .

Sebagaimana anda tahu, pisang mempunyai nutrisi yang banyak termasuklah 75% air, 1.3% protein dan 0.6% lemak. Selain itu, ia mengandungi karbohidrat dan potassium yang tinggi hingga mampu memberi tenaga segera kepada badan.

Ia juga sesuai untuk dijadikan sajian kepada seseorang yang tengah “on diet” kerana ia sangat sempurna untuk snek harian. Tetapi anda perlua tahu waktu bila yang sesuai untuk anda ketahui keadaan sebiji pisang itu untuk di makan.

Ikuti penjelasan lanjut daripada seorang Dr Zukifli Mohamed Sharif di laman Facebooknya mengenai waktu dan keadaan pisang yang sesuai untuk mengambil pisang sebagai snek.

Kalau muda sikit 

Bagus jadi prebiotoc. Tahu kenapa kan. So called resistance starch tinggi dalam 70-80 peratus ( sebab tu pahit dan kelat ) – akan sentiasa jadi good prebiotic , macam nasi sejuk. Resistance starch feed the bacteria , producing excess butyrate yang boleh merendahkan risiko kena kanser usus besar.

Kalau baru kuning

Pada masa ini kandungan gula masih rendah dengan good ratio glucose:fructose: sucrose. Masih Tinggi kandungan serat. Kalau pisang selalu ada dua dua serat yang water soluble kita ambil dan non soluble yang tertinggal di usus, jadi makanan good bacteria.

Kalau masak betul

Sedang sedang elok kuning dan tak lembik isisnya ) manis kurang masam. Level vitamin c dan antioxidant lain pada paras terbaiknya.

Bila lembik

Nisbah gula buah akan berubah, dah tak sesuai sangat untuk diambil oleh pesakit yang ada diabetes kalau dimakan banyak. Cumanya untuk buah walaupun dah masak sangat, glycaemic index masih tetap lebih rendah banding dengan ambil gula pasir.

Anda boleh tengok pada gambar ini, jika keliru dengan huraian ayat. Ini lebih jelas untuk anda ikuti

Pasti anda tertanya-tanyakan kenapa ia bila terlalu masak mengandungi gula yang tinggi? Jawapannya, pada pendapat saintis ia bertujuan untuk menarik perhatian haiwan yang terlibat dalam menyebarkan benih supaya boleh tumbuh pokok baharu. Jadi, mudahlah untuk burung, monyet dan serangga.

Ini adalah jumlah yang disyorkan untuk masyakarat dalam pengambilan pisang seharian.

Per serving 100gram.

Fiber: 3.1 grams
Potassium: 12% of the RDI
Vitamin B6: 20% of the RDI
Vitamin C: 17% of the RDI
Magnesium: 8% of the RDI
Copper: 5% of the RDI
Manganese: 15% of the RDI

Untuk maklumat penting, bagi pesakit ekzema yang suka makan pisang, antara yang boleh dimakan pada bahagian mudah dan kuning kerana ia sangat mempunyai khasiat yang tinggi dan selamat untuk pesakit ini makan.

Bila dah tahu info ini, jomlah kita amalkan gaya hidup sihat supaya kesihatan sentiasa terjaga.

Sumber: Dr Zulkifli Mohamed Sharif

Sumber : SiakapKeli