‘Resdung semakin teruk, sampai hilang deria bau & rasa’ – Terpaksa jalani pembedahan resdung

Bagi mereka yang mengalami masalah resdung pastinya sengsara tak terkata. Bangun pagi, bersin, gosok hidung sikit terus trigger nak bersin. Bersinnya pula tak berhenti-henti. Selepas tamat bersin, ditambah pula dengan bau resdung macam ikan masin 20 tahun lalu punya stok. 
Pelbagai rawatan ditawarkan di luar sana, namun tiada satu pun yang bersesuaian. Meskipun tawaran itu memberi jaminan kononnya masalah resdung akan hilang, rupa-rupanya datang semula selepas beberapa minggu atau bulan. 
Jadi apakah rawatan yang terbaik untuk menangani masalah resdung? Tak lain tak bukan, pergi dapatkan rawatan di hospital. 

Seperti yang dialami oleh wanita ini, Nur Amalina Abd Rahim, masalah yang dialaminya itu sudah bertahun-tahun, pelbagai rawatan dan ubatan dicuba tetapi tidak memberi keputusan positif. 
Sehingga baru-baru ini masalahnya menjadi semakin teruk di mana dia hilang deria bau dan rasa. 
“Sis selamat menjalani minor operation (Functional endoscopic sinus sugery) ataupun bahasa yang mudah difahami adalah, pembedahan resdung. 
“Masalah sis ini dah lama, bertahun-tahun. Bukan tak nak pergi berubat tetapi dah tak larat nak pergi berubat merata-rata tempat. 
“Jadi tiga bulan yang lalu, keadaan menjadi semakin teruk bilamana sis mula hilang deria bau dan rasa. Selepas buat CT Scan, memang belah kiri muka sis dah blocked habis. 
“Pada sesiapa yang selalu bersin di waktu pagi, pening-pening kepala, selalu berhingus itu bawa-bawalah pergi buat pemeriksaan sebab kuman sinusitis ini boleh merebak ke mata dan otak. 
“Doakan sis cepat sembuh na,” katanya. 

Sumber : TheReporter