Honor 20 Pro Dijangka Memasuki Pasaran Malaysia Dalam Sebulan Dua Lagi

Honor Malaysia sebelum ini telah pun menawarkan Honor 20 untuk pasaran tempatan pada harga RM1699. Bagi anda yang inginkan peranti yang lebih berkuasa, kini hadir beberapa sumber yang mengatakan kepada kami dimana Honor 20 Pro bakal ditawarkan di Malaysia dalam masa sebulan dua lagi.

HONOR 20 Pro

Honor 20 Pro hadir dengan sokongan kamera berkuasa, menerima skor DXO setinggi 111. Ia menyertakan kamera 48-megapixel dibelakang dengan sokongan penstabilan optikal, selain sokongan kamera 16-megapixel rakaman sudut ultra-lebar, 8-megapixel telefoto dan 2-megapixel kamera makro.

Sistem kamera ini sekaligus menawarkan sokongan zum optikal sehingga 3x bersama dengannya.

Spesifikasi lain yang disertakan adalah termasuk skrin 6.26-inci, cip Kirin 980, memori 8GB RAM, dan storan 256GB, serta bateri 4000mAh.

Buat masa ini, pihak Honor Malaysia masih belum mengeluarkan komen rasmi berkaitan dengan penawaran peranti ini di Malaysia. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya menjelang pelancaran peranti ini untuk pasaran tempatan kelak.

Sumber : Amanz