Laporan Media Di China Dakwa Ada Peniaga Jual ‘Boba’ Palsu, Buat Guna Tayar Dan Tapak Kasut Lama

Boba atau dikenali juga dengan nama lain seperti pearl dan bubble tea adalah antara minuman yang popular di seluruh dunia sejak 2012 lagi. Namun tahun ini, ia sekali lagi mencipta fenomena apabila muncul pelbagai kios dibawah pelbagai jenama yang menyajikan minuman ini.

Menariknya, setiap kios ini menyediakan minuman dengan cara yang berbeza-beza. Justeru, ia menimbulkan keterujaan masyarakat untuk mencuba kesemuanya.

Gambar Hiasan

Namun siapa sangka dalam kepopularan itu, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menghasilkan boba palsu. Kejadian tersebut berlaku di China di mana minuman tersebut didakwa mengandungi boba yang diperbuat dari tapak kasut dan tayar.

Insiden tersebut diketahui apabila seorang wartawan telah turun sendiri ke lapangan untuk membuat siasatan. Beliau telah memilih untuk mencuba minuman berkenaan di salah sebuah kedai di sana. Setelah itu, beliau pergi ke hospital berdekatan untuk menjalani pemeriksaan CT.

Lalu imbasan terbabit menunjukkan sejumlah boba yang masih belum dicerna. Para penyelidik dari Pusat Eksperimen Kimia Universiti Qingdao menyifatkan bahan tersbeut sebagai getah (pelekat) yang sangat kuat.

Gambar: Sts

Untuk mendapatkan lebih maklumat, seorang wartawan telah menyamar dan pergi ke kedai-kedai mimuman berkenaan untuk mencari kepastian. Beliau cuba bertanya kepada pemilik kedai namun tiada yang tahu mengenai isu ini. Sehingga beliau (wartawan) tadi berjumpa dengan seorang pemilik kedai.

Gambar: Shandong Tv

Pemilik kedai itu menjelaskan bahawa boba itu dibuat dikilang kimia. Dan tanpa berselindung, beliau menyatakan bahawa ianya dihasilkan daripada tapak kasut dan tayar lama.

Sumber: Phil News & Hong Kong FP 

Sumber : SiakapKeli