Hebat, Pesakit Lumpuh Kembali Menggunakan Tangan, Selepas Pemindahan Saraf

Seorang pesakit di Australia yang mengalami kecederaan saraf tunjang cervical telah menyebabkan dia lumpuh seluruh anggota tangan dan kaki.

Namun, seorang doktor telah menggunakan sejenis rawatan perpindahan saraf yang baru dengan melalui beberapa prinsip.

Prosesnya seperti sistem pendawaian di rumah, dimana seperti menggunakan sumber dawai yang baik bagi membantu bekalan elektrik yang terputus.

Dan, kaedah rawatan perpindahan saraf yang baru ini ternyata berhasil terhadap seorang pesakit lumpuh di Australia.

Berikut merupakan perkongsian daripada Public Helath Malaysia tentang bagaimana prinsip terseut diaplikasikan terhadap pesakit tersebut:

Pesakit lumpuh kembali menggunakan tangan selepas pemindahan saraf.

Pesakit lumpuh di Australia ini telah lumpuh keseluruh anggota tangan dan kaki akibat daripada kecederaan saraf tunjang bahagian cervical.

Doktor menggunakan sejenis rawatan perpindahan saraf yang baru. Prinsipnya adalah seperti berikut:

“Bahagian saraf yang boleh digunakan tetapi tidak mempunyai fungsi yang besar dipindahkan ke bahagian saraf yang telah rosak”

Ianya bukan seperti pendermaan organ. Ianya sama seperti pendawaian di rumah, di mana sumber pendawaian yang baik disalurkan ke tempat yang mengalami bekalan elektrik yang terputus.

Contohnya begini.

“Mengembalikan fungsi tangan dengan menggunakan saraf aksesori pernafasan.”

Selepas perpindahan saraf, pesakit perlu berfikir untuk bernafas, untuk menggerakkan tangan beliau.

Selepas melalui proses pembelajaran semula otak untuk waktu tertentu, pesakit kemudian tidak perlu lagi berfikir untuk bernafas untuk menggerak tangannya kerana otak telah belajar menggerakkan tangannya dengan hanya melihat.

Hebatkan?

Sumber: Public Health Malaysia

Sumber : SiakapKeli