Tab ‘News’ Pada Carian Google Akan Hadir Dengan Rekaan Baharu Tidak Lama Lagi

Hasil carian berita di Google akan memaparkan senarai carian yang lebih kurang sama dengan mana-mana jenis carian. Sejak Google memperkenalkan Google News tahun lepas, Google semakin serius dalam bahagian berita ini untuk menawarkan pengalaman penggunaan kepada pengguna yang lebih baik – selain memberi manfaat kepada penerbit.

Terkini, Google mengicau yang tab ‘News’ pada carian Google akan hadir dengan rekaan baharu. Rekaan ini akan memperlihatkan dengan lebih jelas nama penerbit, hasil carian yang lebih tersusun dan juga lebih memudahkan pengguna. Rekaan ini hanya akan hadir dalam beberapa minggu lagi dan seperti biasa, mana-mana kemaskini daripada Google adalah secara berperingkat.

Sumber : Amanz