Didakwa Pukul Dan Tendang Kawan Baik Sampai Patah Leher Dipercayai Kerana Cemburu

Cemburu dalam sebuah perhubungan romantis dianggap adalah munasabah, terutama jika status hubungan sudah serius seperti masuk ke alam perkahwinan.

Tapi, cemburu yang berlebihan juga tidak baik dan tidak boleh dibiarkan, kerana akan boleh mengakibatkan satu tragedi luar batas.Seperti kisah wanita yang bernama Susan Robson ini yang sudah bersuami.

Suaminya telah mengekori serta sahabatnya. Semasa berjalan pulang isterinya mendahului suaminya dan juga sahabatnya.

Wanita yang berusia 37 tahun itu merasa cemburu dan beranggapan bahawa sahabatnya mencium pipi suaminya itu semasa mendahului mereka berjalan.

Wanita itu pun naik marah dengan api cemburu yang menguasainya. Wanita itu yang kemudiannya memukul dan menendang sahabatnya dengan sangat kejam hingga menyebabkan sahabatnya mengalami patah leher yang dirasa dan didengarinya sendiri.

Akibat daripada pukulan si kaan yang cemburu itu, Pergerakan leher mangsa kini sangat terbatas. Tidak hanya itu, malah mangsa juga mengalami trauma dan takut untuk bersahabat. Wanita akhirnya dijatuhi hukuman empat tahun penjara akibat daripada perbuatannya itu.

Ini menandakan keadaan di mana perasaan cemburu yang melampau boleh membawa seseorang untuk melakukan tindakan drastik dan luar kawalan.

Menurut Profesor Falsafah dan Bekas Canselor Universiti Haifa, Israel, Aaron Ben-Zeev menjelaskan bahawa perasaan cemburu biasanya akan timbul kerana perasaan takut akan kehilangan kasih sayang dari orang yang dicintai.

Apabila merasa cemburu, seseorang akan merasa terdesak dan merasa menjadi mangsa ketidakadilan. Yang kemudian boleh menimbulkan risiko cemburu buta di mana bahan kimia dalam badan juga berkaitan dengan rasa cinta, persaingan dan interaksi sosial berlanggaran antara satu sama lain.

Cemburu buta boleh menjadi penyakit, bahkan memberi tanda kepada abnormal dalam kesihatan mental seseorang.

Simptom cemburu buta ini termasuklah, perasaan mudah tersinggung, pemikiran yang obsesif tentang pasangan dan tindakan yang melampau.

Emosi yang dianggap selalu dialami oleh golongan wanita, tapi ternyata, perasaan cemburu buta ini sebenarnya lebih kuat dialami oleh golongan lelaki yang agak matang dalam lingkungan umur 38 tahun.

Sumber: Nakita

Sumber : SiakapKeli