OnePlus TV Semakin Hampir? Bluetooth Untuk Alat Kawalan Telah Diiktiraf

Bulan September tahun lepas, OnePlus telah mengumumkan yang mereka bakal hadir dengan televisyen tersendiri pada tahun ini dan ingin peminat yang memberikan nama untuk produk baharu mereka ini. Namun, atas kurang yakin – mereka tunda hasrat mereka ke tahun 2020.

Terkini, di laman SIG Bluetooth – alat kawalan OnePlus dengan sokongan Bluetooth telah diiktiraf. Jelas sekali, ini adalah alat kawalan untuk televisyen – kerana kami tidak dapat fikirkan produk OnePlus lain yang menggunakan alat kawalan nirwayar. Tiada informasi lanjut mengenai alat kawalan ini ataupun OnePlus TV. Tetapi, apa yang OnePlus perku buat adalah menyertakan butang seru pembantu maya seperti alat kawalan Mi Box.

Jika ia dilancarkan, tidak dinafikan yang OnePlus akan memfokuskan pasaran India atau Eropah terlebih dahulu. Untuk pasaran Malaysia, harapan itu agak sempit – kerana sehingga hari ini hanya OnePlus 7 Pro sahaja produk baharu OnePlus yang masuk ke pasaran secara rasmi. Peranti OnePlus 7 yang kecil tidak, inikan pula sebuah televisyen.

Sumber : Amanz