Ranking Negara Dengan Internet Paling Laju, Tak Sangka Malaysia Lebih Baik Dari UK

Di zaman milenium ini, internet merupakan satu keperluan bagi hampir setiap orang dalam membantu memudahkan pelbagai urusan.

Perkembangan internet bukan sahaja penting dalam bidang komunikasi, malah pendidikan dan perubatan. Dengan kewujudan internet 5G, pembedahan merentas sempadan bukan lagi perkara retorik.

Terbaru, laman perbandingan internet, Cable telah melakukan kajian ke atas kelajuan internet dalam 207 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. Kajian itu telah dilaksanakan dalam tempoh 12 bulan sehingga 8 May 2019.

Ujian tersebut dijalankan dengan membandingkan kelajuan dan tempoh masa yang diambil untuk memuat turun fail sebesar 5GB menggunakan capaian Internet wilayah terlibat.

Dalam perbandingan tersebut, negara yang mempunyai internet paling laju adalah Taiwan dengan kelajuan 85.02 Mbps, diikuti Singapura (70.86 Mbps) dan Jersey (67.46 Mbps).

Masa yang diambil bagi memuat turun fail 5GB menggunakan internet di setiap wilayah tersebut ialah 8 minit, 9 dan 10 minit.

Malaysia berada pada tangga ke-30 dengan kelajuan 23.86 Mbps, mengatasi Czechia (23.27 Mbps) dan United Kingdom pada tangga 34 dengan kelajuan 22.37 Mbps. Tempoh masa yang diambil untuk memuat turun pula ialah masing-masing 28 minit, 29 dan 30 minit.

Negara yang mengakhiri carta tersebut ialah Yaman, dengan kelajuan internet 0.38 Mbps dan mengambil masa 30 jam dan 1 minit untuk memuat turun fail seberat 5GB diikuti Timor Leste, 0.45 Mbps dan Equatorial Guinea, 0.51 Mbps.

Sumber: Seasia.co

Sumber : SiakapKeli