Keletah Geli Hati, Budak Nekad Menyorok 3 Jam Atas Bumbung Kerana Takut Berkhatan

Berkhatan atau lebih dikenali dengan bersunat oleh masyarakat di negara ini boleh dianggap sebagai pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh sesiapa yang pernah mengalaminya.

Di Malaysia, bila tiba sahaja musim cuti persekolahan panjang, tempoh ini akan digunakan oleh para ibu bapa untuk mengkhatan anak-anak lelaki mereka.

Bagaimanapun, dek kerana rasa takut dengan ‘kesakitan’ berkhatan yang diperkatakan, kadangkala ada daripada kalangan kanak-kanak yang tidak mampu menahan rasa gerun mereka sehingga ada sahaja ‘akal’ mereka untuk mengelak dari dikhatankan.

Itulah yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak dikatakan telah memanjat bumbung rumah kerana takut untuk berkhatan.

Foto: FB Anuki Sutari

Menurut kisah yang diceritakan oleh Anik Sutari, doktor yang terlibat untuk mengkhatannya melalui laman Facebook-nya, budak lelaki berkenaan sanggup berada di atas bumbung tersebut selama hampir tiga jam.

Orang ramai cuba memujuknya turun tetapi tiada yang berani untuk memanjat bumbung itu kerana bimbang budak lelaki itu akan takut dan cuba melarikan diri sekaligus membahayakan kesalamatannya.

Selepas lebih dua jam memujuk, dia masih enggan untuk turun. Tiba-tiba, keluarga kanak-kanak lelaki itu teringat akan seorang guru kanak-yang dipercayai rapat dengannya dan terus memanggilnya datang.

Setibanya guru tersebut di sana, dengan hanya sedikit pujukan, budak lelaki itu bersetuju untuk turun.

“Apa yang mengagumkan, dia masuk sendiri ke rumah dan duduk ditempat berkhatan tanpa dipaksa sesiapa,”kata doktor tersebut.

“Upacara berkhatan diteruskan dan ia berjaya dengan lancar, tanpa pemberontakan dan tanpa tangisan langsung,” tulisnya lagi.

Tambahnya lagi, “Cuma 10 minit diperlukan untuk berkhatan, tetapi menunggunya, tiga jam.”

“Tapi tak mengapa, apalah sangat tiga jam dengan pengajaran yang saya terima dari seorang yang hebat, gurunya pada hari itu”.

Sumber: FB Anik Sutari

Sumber : SiakapKeli