‘Ramai pakat korban kat luar negara sebab murah, mungkin nanti ramai orang kita tak rasa daging korban langsung’

Apabila menjelang Aidiladha, kebanyakan masyarakat Islam melakukan ibadah korban untuk diagihkan kepada fakir miskin dan juga jiran-jiran tetangga. Tidak kurang juga ada yang melakukan ibadah korban di luar negara melalui ejen-ejen yang menawarkan perkhidmatan tersebut. 
Ibadah korban di luar negara ini dikatakan antara trend yang membimbangkan seperti yang dikongsikan oleh seorang ustaz di Twitter. Menurutnya, negara seperti Kemboja dan Myanmar antara contoh negara yang sudah mempunyai lebihan bekalan sehinga setahun daging yang dikorbankan. 
Mengulas isu ini, ada netizen menyatakan hal ini terjadi disebabkan kos tinggi yang perlu dikeluarkan untuk melakukan ibadah korban di negara kita. Oleh sebab itu ramai yang memilih untuk melakukan ibadah itu di luar negara.
ANTARA trend yang membimbangkan. 10 tahun lepas, korban Raya Aidiladha kat masjid ada 18-20 ekor lembu. Tapi makin lama makin sedikit. Tahun ni cuma 3 ekor.
Ramai pakat korban kat luar negara sebab murah. Ada asatizah pun promote korban kat luar negara dengan persatuannya. Dulu, boleh bahagi-bahagikan daging korban satu kampung/taman semua dapat.
Sekarang makin ramai tak dapat. Sebab orang yang berkorban makin kurang, daging makin sikit. Kenalah faham.Orang yang datang menunggu dan tolong lapah punyalah ramai. Lembunya sedikit.
Mungkin berlaku nanti, orang di Malaysia ramai tak rasa daging korban langsung. Tetapi di Kemboja, Myanmar dan sebagainya sorang dapat 5 kilogram daging sebab oversupply. Ia tetap sah. Cuma lebih baik korban di negara sendiri. Dapat tengok darah mengalir atau dapat sembelih sendiri.
Ada kariah masjid di sini yang penduduk sampai 1,000 pintu rumah, dapat korban lembu 2 ekor sahaja.
Di Kemboja, ada sahabat maklumkan masa ke sana, kampung kecil tak sampai 50 buah rumah, korban lembu mencecah 40 ekor. Majoriti datang dari negara kita. Something to ponder.
Sumber: Faisal Rahim

Sumber : TheReporter