3,293 Kes Jangkitan Virus HIV Dan AIDS Setakat Tahun Lepas

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — Sebanyak 3,293 kes melibatkan pesakit jangkitan virus HIV dan AIDS dilaporkan setakat tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata daripada jumlah itu, 47 daripadanya adalah kalangan kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.

“Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan setiap ibu hamil menjalani saringan ujian HIV dan AIDS dan rawatan dapat diberikan agar ia tidak merebak kepada anak (di dalam kandungan), ” katanya.

Sumber: BERNAMA

Sumber : SiakapKeli