Amazfit GTR Dilancarkan Dengan Bateri Yang Mampu Bertahan Sehingga 72 Hari

Jam tangan pintar generasi pertama seperti Samsung Gear mempunyai tahap ketahanan bateri yang kronik. Ia perlu dicas sehari sekali memandangkan ia menggunakan sistem operasi dan cip pemproses yang direka untuk telefon pintar. Selepas beberapa generasi teknologi sudah semakin maju dan dengan Amazfit GTR, jam tangan ini mampu bertahan sehingga 72 hari dengan sekali caj.

Dua model Amazfit GTR dilancarkan dengan saiz 42mm dan 47mm. Amazfit GTR 47mm dilengkapi skrin AMOLED bulat sebesar 1.39″, bateri bersaiz 410 mah dan ditawarkan dengan tubuh diperbuat daripada besi tahan karat dan titanium. Pada penggunaan biasa ia boleh bertahan sehingga 24 hari dan sehingga 74 pada pengguna tanpa mod pintar. Jika GPS diaktifkan ia masih boleh bertahan sehingga 40 jam.,

Amazfit GTR 42mm dilengkapi skrin AMOLED bulat sebesar 1.2″, bateri bersaiz 195 mah dan ditawarkan dengan tubuh diperbuat daripada besi tahan karat dan titanium. Pada penggunaan biasa ia boleh bertahan sehingga 12 hari dan sehingga 34 hari pada pengguna tanpa mod pintar. Jika GPS diaktifkan ia masih boleh bertahan sehingga 22 jam.,

Terdapat pengimbas nadi, pengesan 12 aktiviti sukan, NFC dan GPS+Glonass pada kedua-dua model. Akhir sekali jam tangan pintar ini mempunyai ketahanan air sehingga 5 ATM. Harga jualan untuk Amazfit GTR 47mm bermula dari RMB 999 (~RM598) manakala Amazfit GTR 42mm pula ialah RMB 790 (~RM 478), Terdapat edisi khas Amazfit GTR 47mm Iron Man yang ditawarkan pada harga RMB 1399 (~RM 837).

Sumber : Amanz