Bahaya Jika Kanak-Kanak Ambil Garam Berlebihan, Berisiko Diserang Darah Tinggi Seawal Usia 20-an

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi seorang suri rumah merangkap seorang ibu pasti anda gemar letakkan garam pada makanan yang dimasak untuk menjadi salah satu penyedap masakan harian. Tetapi ramai di antara para ibu yang terlepas pandang dan meletakkan garam pada makanan anak yang berusia 2 tahun.

Mungkin mereka yang tahu tentang info ini rasa macam tidak memudaratkan kalau letak sedikit saja dalam masakan anak. Ini penjelasan Dr Zubaidi tentang kenapa garam tidak dibenarkan dalam makanan anak yang berusia umur 2 tahun ini.

Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak dan remaja di Malaysia mengambil terlalu banyak garam natrium pada setiap hari. Boleh dikatakan sebanyak 1,000 mg dari tahap yang dibenarkan. Kebanyakan mereka yang mengambil kira-kira 3,500 mg natrium sehari manakala yang disarankan hanyalah 2,300 mg natrium dalam sehari. 

Punca utama mendapat penyakit jantung dan kerosakan ginjal dalam jangka yang panjang adalah kerana pengambilan garam yang terlalu banyak.

Beberapa jenis makanan yang mengandungi garam lebih daripada yang disarankan selalunya akan berda dalam makanan segera seperti pizza, mi segera, sup segera dan makanan ringan.

Secara kesimpulannya, tidak hairanlah jika remaja seusia awal 20 tahun telah mengalami penyakit tekanan darah tinggi. Ingat warga emas saja yang boleh kena penyakit ini? Jika kita sebagai ibu yang prihatin, jagalah pemakanan anak-anak kecil anda untuk kesihatan mereka di masa depan.

Sumber: Dr Zubaidi

Sumber : SiakapKeli