Microsoft Mula Menguji Mod Internet Explorer Didalam Pelayar Edge Chromium

Microsoft baru-baru ini telah melancarkan kemaskini pelayar web Microsoft Edge mereka yang dibina menggunakan rangka Chromium yang menjanjikan prestasi yang lebih baik dan sokongan untuk pemalam (add-on) yang lebih meluas dan mudah dibina.

Terkini, melalui versi pembangun (developer) terbaru, Microsoft nampaknya telah memperkenalkan mod Internet Explorer untuk mereka yang ingin mengakses ataupun membina laman web yang masih menggunakan binaan web yang lama, seperti laman web kerajaan dan sebagainya.

Dengan kemaskini ini, pengguna tidak perlu membuka perisian Internet Explorer 11 untuk mengakses laman-laman web tersebut, manakala pentadbir IT juga boleh mencipta sebuah senarai laman web yang akan menukar mod pelayar kepada Internet Explorer secara terus.

Ini adalah sebahagian daripada kemaskini perisian Microsoft Edge edisi pembangun yang turut menyertakan sokongan pembacaan PDF dengan ciri sekuriti yang lebih ketat, sokongan untuk Office 365 terbina dan juga penyuaian data yang disulit.

Sumber : Amanz