Redmi Memperkenalkan Warna Baharu Buat Redmi Note 7 – Mirror Water Flower Moon

Redmi Note 7 adalah antara peranti Redmi yang agak popular. Ini kerana ia merupakan peranti Redmi pertama yang menggunakan rekaan premium dan bahan binaan kaca. Ia juga merupakan peranti Redmi pertama yang menggunakan USB-C. Populariti peranti menyumbang kepada jumlah jualan sehingga 15 Juta unit dalam masa enam bulan.

Terkini, Redmi telah memperkenalkan warna baharu buat Redmi Note 7 – Mirror Water Flower Moon. Ia adalah warna cerun putih/perak yang kelihatan bersih, suci dan cantik. Warna ini terhad untuk pasaran China sahaja buat masa ini dan ia mula dijual pada esok hari. Peranti ini dijana dengan Snapdragon 660 dan mempunyai kemampuan mengambil gambar 48MP.

Adakah anda salah seorang pemilik Xiaomi Redmi Note 7? Jika ya, apakah pendapat anda tentang warna baharu ini – cantik bukan?

Sumber : Amanz