Jangan Ambil Produk Detox Secara Berlebihan, Atau Usus Anda Mungkin Menghidapi Masalah Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sejak kebelakangan ini, produk detox kembali menjadi semakin popular kerana ia didakwa mampu untuk mencuci usus, mengurangkan berat badan serta mempunyai beberapa manfaat lain lagi.

Namun, tahukah anda bahawa produk minuman detox tidak boleh diambil terlalu kerap atau ia boleh mendatangkan beberapa kesan buruk kepada pengguna.

Antara kesan buruk yang boleh dihadapi oleh pengamal produk detox ialah Melanosis Coli. Masalah ini didakwa berpunca daripada penggunaan laxatives(julap) yang berlebihan dalam satu-satu produk minuman detox.

Berpunca daripada kadar laxatives yang tinggi, ia akan mengakibatkan pigmentasi pada bahagian dinding saluran pencernaan.

Selain itu, amalan ini juga memberikan risiko jangkitan tumor adenoma pada dinding usus pengamalnya.

Foto: TheDiagnosa/YouTube

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk elakkan daripada mengambil julap dengan kerap atau menggunakan produk detox yang mendakwa boleh membersihkan usus.

Adalah lebih baik untuk anda mengambil minuman detox semula jadi iaitu dengan menggunakan campuran air dengan buah-buahan seperti lemon, limau, pudina dan sebagainya.

Menurut laman Hello Doktor, antara kelebihan mengambil minuman detox semula jadi ini ialah menyingkirkan toksik dari tubuh, membersihkan hati, mengurangkan keradangan dan banyak lagi.

Sumber: FB TheDiagnosa, Hello Doktor

Sumber : SiakapKeli