Pelik, Restoren Jepun Dan Di Jepun, Tapi Tidak Boleh Dikunjungi Oleh Rakyat Jepun

Sebuah restoran di Ishigakijima, Jepun, Yaeyama Style boleh dianggap antara restoran paling pelik di dunia apabila ia tidak membenarkan rakyat tempatan untuk datang dan makan di sana.

Tindakan itu dikatakan terpaksa diambil oleh pengurusnya selepas pengunjung tempatan dikatakan “semakin kurang beradab”.

Pengumuman mengenai keputusan itu telah dibuat melalui satu notis yang diletakkan di pintu masuk restoren yang berbunyi:

Kepada pelanggan warga Jepun,

Perilaku pelanggan Jepun dilihat semakin teruk dari tahun demi tahun, jadi kami tidak akan membenarkan warga Jepun untuk makan di restoran kami sehingga Oktober.

Foto: Japan Today

Keputusan yang diambil oleh pengurus ini mencetuskan kontroversi di kalangan rakyat Jepun, namun beliau berpendapat ia wajar bagi mengajar rakyat senegaranya untuk lebih beradab dan mematuhi peraturan di restorennya.

Beliau juga mendakwa tidak pernah menghadapi sebarang masalah dengan pelancong luar sebelum ini.

“Di restoran ini, setiap pengunjung diwajibkan memesan ramen namun pelanggan tempatan sering memesan satu ramen tapi dikongsikan bersama oleh dua orang”, kata pengurus tersebut.

Selain itu, ramai pelanggannya yang telah membawa masuk makanan dan minuman dari luar walaupun larangan melakukannya telah ditampal di beberapa kawasan di dalam restoran.

Kesan daripada itu, restoran ini dikatakan pernah mendapat hanya dua orang pelanggan dalam masa sehari tetapi pengurusnya okay dengan perkara itu.

Sumber: Japan Today

Sumber : SiakapKeli