‘Tengah buang hajat, nampak tangan lelaki bawah pintu!’

Perjalanan yang jauh membuatkan kita berasa penat dan memerlukan  masa untuk rehat, solat dan makan sebelum meneruskan lagi perjalanan. Rawat dan Rehat dan stesen minyak antara tempat persinggahan yang wajib dituju.  Tetapi, walaupun tempat persinggahan tersebut dikunjungi orang ramai, kejadian yang tidak diingini juga tetap berlaku.
Wanita ini memberikan peringatan kepada wanita-wanita di luar sana agar berhati-hati apabila masuk ke tandas di stesen minyak.  Diceritakan, seorang wanita lain dikatakan nyaris menjadi mangsa kepada seorang lelaki. 
Lelaki tersebut menutup pintu luar tandas, dan menguncinya. Nasib menyebelahi wanita ini apabila seorang perempuan cina meminta pekerja Petronas membuka pintu tandas apabila didapati pintu tandas berkunci.
HATI HATI SEMUA WANITA YANG BERHENTI UNTUK KE TANDAS DI STESEN MINYAK
Baru saja berlaku sebentar tadi, syukur Allah pelihara diri ni. Tadi Mariam berhenti solat Dhuha dan sunat Musafir kat Petronas RnR Gambang, sebab pagi tadi rushing nak hantar kawan ke terminal Kuantan.
Tengah pakai telekung nak solat tu ada rasa sakit perut ingat nak masuk tandas jap. Tapi masa tu entah kenapa rasa nak hold dulu hajat tu biar settle semua dulu. 
Elok je habis solat tu kan, bunyi bising kat luar. Terdetiklah kenapa. Settle semua tu, keluar pintu surau, tanya akak tu kenapa. Akak tu cerita masa dia dalam tandas tengah buang hajat dia tu, tiba-tiba dia nampak ada TANGAN LELAKI BAWAH PINTU!!
Lepas tu lelaki tu TUTUP PINTU LUAR TANDAS DAN LOCK.
Akak tu takut sangat tapi alhamdulillah sangat Allah nak jaga akak tu. Ada sorang perempuan Cina masa tu nak masuk tandas tapi pelik kenapa pintu berkunci. Dia mintak pekerja petronas bukak kan pintu. Terus lari LELAKI TAK GUNA TU DAN DIA CAKAP SORRY SILAP TANDAS! 
Kepada semua perempuan terutamanya hati-hati ye bila nak berhenti tu walaupun tempat awam.
Boleh share post ni untuk peringatan kita bersama. Moga Allah lindungi kita semua.

Sumber : TheReporter