Honestbee Menggantung Operasi Sementara Bermula 22 Julai 2019

Honestbee merupakan salah satu syarikat penghantaran tempatan yang membolehkan pengguna membuat tempahan barangan runcit dan makanan. Ia telah beroperasi sejak 2015 yang lepas, dan hari ini mereka membuat pengumuman mengejut mengatakan akan menggantung operasi mereka.

Honestbee

Menurut Honestbee, mereka akan menghentikan operasi mereka bermula 22 Julai 2019. Tiada sebab yang diberikan buat masa ini. Menurut beberapa sumber, ia dikatakan berasaskan kepada keputusan yang dilakukan oleh pihak Honestbee Singapura.

Honestbee sekadar mengatakan yang mana mereka berusaha untuk kembali beroperasi secepat mungkin tidak lama lagi untuk pasaran tempatan.

Sumber : Amanz