“Aku Keluar Je Terus Nampak Kotak KFC,” Suka Sangat Makan Ayam Goreng Sampai Jadikan Hantaran Tunang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam adat atau majlis pertunangan mahupun perkahwinan Melayu, membawa serta membalas barang hantaran adalah satu kemestian. Ia dianggap sebagai satu simbolik untuk mengukuhkan lagi hubungan antaran dua keluarga yang terjalin.

Kebiasaannya, barangan hantaran untuk majlis pertungan berupa seperti manisan, buah-buahan dan pakaian. Hantaran tersebut semestinya digubah dengan penuh kreatif supaya ia kelihatan cantik pada hari majlis berlangsung. Mungkin ada juga sesetengah orang yang tidak tahu apa yang harus dibawa sebagai barangan hantaran dek kerana terlalu memikirkan tentang senarai barangan dan majlis yang akan berlangsung.

Namun, lain pula cerita seorang gadis yang bertuah ini kerana dapat barang hantaran yang tidak disangka-sangka dan boleh dikatakan sebagai ‘benda’ yang paling disukainya oleh pasangannya. Kisah ini diceritakan oleh pemilik akaun Twitter yang diberi nama sebagai Ayuyuyuuu mengenai hantara KFC yang di terimanya tpada hari pertungannya.

“Sebab aku suka sangat ayam goreng!”

Pada mulanya dia agak keliru memikirkan senarai barangan untuk dijadikan hantaran yang bersesuaian. Katanya, hantaran untuk lelaki sudah selesai namun ada masalah untuk hantara perempuan. Hantaran balas untuk lelaki iaitu sirih junjung, potpuri, coklat, kek, buah, jubah dan kuih muih. Manakala untuk barangan hantaran balas untuk perempuan pula hanya sirih junjung, cincin, buah, coklat dan bucket Kfc. 

Pastu nak dekat majlis aku tanya balik ok ke KFC tu dia cakap ok je. Cuma risau sape nak pi beli nanti apa semua. Aku cakaplah kalau susah takpe bagi lain je, dia pun senyap je tak cakap apa sampai lah dah majlis…

Aku keluar je gi depan mata terus nampak box KFC pastu mulalah senyum – senyum kambing kat depan semorang.

Ayu berkata, dia amat menyukai ayam goreng di restoran makanan segara itu dan katanya lagi sejak mereka berkawan, sering menikmati hidangan yang berasaskan ayam semasa keluar bersama.

Tapi tulahh ayam sejukkk dah hahahha tapi apedehal bedal je makan dengan family…

Sumber: Idayu Nanyan

Sumber : SiakapKeli