“Cybersecurity Kata Video Itu Tulen” – Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador telah memberitahu bahawa beliau telah dimaklumkan oleh pihak Cybersecurity bahawa video intim mengaitkan seorang menteri kabinet adalah tulen.

Kenyataan itu telah dibuat semasa beliau menghadiri satu program soal jawab yang diterbitkan di RTM, pada malam Rabu, 17 Julai.

Walaubagaimanapun, menurut beliau, pihak Cybersecurity tidak dapat memastikan sepenuhnya mengenai siapa pelaku dalam video berkenaan.

“Mereka(Cybersecurity) kata tulen, tetapi mereka tidak dapat mengesahkan 100% siapa pelaku dalam video itu,” katanya.

Tambahnya lagi, “Saya selaku Ketua Polis Negara tidak boleh memandai. Perkara tersebut akan menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.”

Beliau juga mengharapkan agar orang ramai memahami kekangan tugasnya sebagai Ketua Polis Negara serta kes berkaitan video tersebut bukanlah mudah dan boleh diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

Sumber: YouTube beritanasionalrtm rasmi

Sumber : SiakapKeli