Wanita Trauma, Lelaki Pelik ‘Hulur’ Tangan, Kunci Pintu Tandas Dari Luar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jenayah tidak mengenal tempat. Walau berada di kawasan awam yang dirasakan selamat sekalipun, ianya tidak menjamin keselamatan kerana individu yang berniat jahat ini sanggup melakukan apa sahaja untuk  ‘melunaskan’ hajat mereka.

Seperti pengalaman yang dikongsikan oleh seorang gadis ketika berhenti di sebuah kawasan Rawat dan Rehat (R&R) berhampiran stesen minyak. Dia yang kebetulan berada di situ melihat seorang wanita nyaris menjadi mangsa kepada seorang lelaki.

Lelaki tersebut bukan sahaja menutup pintu luar tandas, malah turut menguncinya. Mujurlah, nasib menyebelahi wanita ini apabila terdapat seorang pengguna tandas lain yang meminta pekerja di situ membuka pintu tandas yang berkunci.

Jika tidak, mungkin kejadian yang lebih buruk akan berlaku. Moga menjadi peringatan kepada wanita-wanita di luar sana agar berhati-hati apabila masuk ke tandas berseorangan.

HATI HATI SEMUA WANITA YANG BERHENTI UNTUK KE TANDAS DI STESEN MINYAK

Gambar : FB Mariam Shahida

Baru je berlaku sekejap tadi, syukur Allah pelihara diri ni.

Tadi Mariam benti solat Dhuha & sunat Musafir kat Petronas RnR Gambang sebab pagi tadi rushing nak hantar kawan ke terminal Kuantan.

Tengah pakai telekung nak solat tu ada rasa sakit perut ingat nak masuk tandas jap. Tapi masa tu entah kenapa rasa nak hold dulu hajat tu biar settle semua dulu.

Nampak tangan lelaki bawah pintu

Elok je habis solat tu kan, bunyi bising kat luar. Terdetik lah kenapa. Settle semua tu keluar pintu surau, tanya akak tu kenapa.

Akak tu cerita masa dia dalam tandas tgh buang hajat dia tu, tetiba dia nampak ada TANGAN LAKI BAWAH PINTUUU 

Dia tutup pintu luar dan kunci

Lepas tu laki tu TUTUP PINTU LUAR TANDAS & LOCK WEHH. Akak tu takut sangat tapi alhamdulillah sangat Allah nak jaga akak tu.

Ada sorang perempuan Cina masa tu nak masuk tandas tapi pelik kenapa pintu berkunci. Dia mintak pekerja petronas bukak kan pintu.

Terus larikan diri

Terus lari LAKI TAK GUNA TU DAN DIA CAKAP SORRY SILAP TANDAS 

Kepada semua perempuan terutamanya hati hati ye bila nak berhenti tu walaupun tempat awam.

Boleh share post ni untuk peringatan kita bersama. Moga Allah lindungi kita semua.

Sumber : Mariam Shahida

Sumber : SiakapKeli