Individu Lahir Dari Tahun 1985 Sampai 1995 Dipercayai Yang Paling Unik, Ini Sebabnya

Peredaran masa dari hari ke hari telah membentuk satu generasi yang baru seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Hasilnya, setiap generasi mempunyai pengalaman serta pola pemikiran dan karakter yang berbeza kesan daripada beberapa faktor seperti keperibadian semasa.

Sekurang-kurangnya terdapat lima generasi dalam kurun 100 tahun terakhir ini iaitu Baby Boomers, Generasi X, Generasi Y, Generasi Z dan juga Generasi Alpha. Namun, tarikan dalam penulisan ini lebih menfokuskan kepada generasi kelahiran tahun 1985 sehingga 1995. Golongan yang dilahirkan dalam tempoh ini dikatakan sebagai generasi unik sepanjang zaman. Perkara ini dikongsi seorang individu menerusi halaman Twitter miliknya.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Menurutnya, golongan yang lahir dalam tempoh ini berada di dalam dua zaman yang berbeza. Zaman yang dimaksudkan ialah antara zaman sebelum  internet dan teknologi dengan zaman selepas itu seperti sekarang.

Mereka berada di antara dua generasi: yang sebelum adanya internet dan teknologi dan generasi selepas itu.

Generasi sebelum kami ‘oldschool’ dan percaya dengan kerja keras. Generasi selepas kami percaya untuk berkerja dengan pintar.

Generasi sebelum kami boleh ditipu dengan e-mel untuk meminta wang dan menawarkan cinta. Generasi selepas kami tahu lebih baik mempunyai empat e-mel: satu untuk urusan penting, sosial media, transaksi kewangan dan satu untuk eksperimen untuk perkara yang anda tidak percaya.

Kami adalah jurang antara zaman perindustrian dan zaman internet. Kami memahami kedua-dua keadaan berdasarkan pengalaman. Kita perlu membangunkan dunia. Orang tua tidak faham apa yang berlaku, orang baru tidak faham sepenuhnya punca sesuatu itu berlaku.

Menerusi perkongsian tersebut, dilihat bahawa generasi ini sebenarnya menikmati pelbagai pengalaman daripada dua zaman yang berbeza. Oleh itu, mereka pernah hidup dalam serba kekurangan tanpa teknologi canggih dan juga hidup dalam situasi yang sangat selesa seperti sekarang.

Walau bagaimanapun, setiap generasi mempunyai keunikannya yang tersendiri berdasarkan peredaran masa yang turut sama berubah. Jadi, anda generasi yang mana dan bagaimana pengalaman anda?

Sumber: Zambian Influencer

Sumber : SiakapKeli