Trump Dakwa Kapal Perang Amerika Tembak Jatuh Dron Milik Iran

Trump mendakwa bahawa Tentera Laut Amerika Syarikat menembak jatuh dron milik iran di Selat Hormuz semalam ketika berucap di White House. Katanya lagi, dron tersebut seakan memberi ancaman kepada Boxer iaitu kapal perang US.

Mereka mengambil tindakan untuk memusnahkan dengan segera kerana sebelum itu pihak mereka telah memberi amaran kepada Dron tersebut supaya berpatah balik tetapi ia hanya tidak mengendahkan walaupun jarak hanya 914 meter, katanya.

Amerika Syarikat berhak melindungi anggota dan aset miliknya dan bertindak menggesa negara lain untuk mengutuk tindakan yang dilakukan oleh Iran. Ini menyebabkan perhubungan Iran dan Amerika Syarikat menjadi renggang.

Bagaimanapun, pihak Iran tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan kehilangan dron milik negera tersebut. Menurut Menteri Luar Iran, dakwaan yanh dilakukan oleh Trump masih dalam siasatan.

Difahamkan pada bulan lalu, Iran telah menembak jatuh pengawasan Amerika dlaam satu pertikaian sama ada ia terbang di perairan antarabangsa atau wilayah Iran.

Sering kali dituduh oleh Amerika Syarikat menyerang kapal tangki minyak asing sejak Mei lalu di kawsan penting pelayaran dunia. Tehran menafikan semua itu. Insiden yang terbaharu ini telah menibulkan kebimbangan yang berlaku konflik ketenteraan di kawasan tersebut.

Sumber: Newyork Times

Sumber : SiakapKeli