Google Pixel 4 Mungkin Akan Akhirnya Dilengkapi 6GB RAM

Selepas Apple, Google adalah pengeluar yang masih tidak menawarkan peranti mercu mereka dengan saiz RAM melebih 4GB RAM. Di tahun 2019 peranti mercu dengan RAM sebesar 6GB sudah boleh dianggap kecil kerana 8GB ialah saiz RAM yang dianggap standard. Menurut laporan BGR, tahun ini Google Pixel 4 akan akhirnya ditawarkan dengan memori sebesar 6GB RAM.

Sejak dari Pixel generasi pertama lagi Google hanya menawarkan RAM sebesar 4GB pada peranti yang dikeluarkan oleh mereka. Selain saiz RAM yang lebih besar, resolusi skrin pada Pixel 4 dan Pixel 4 XL juga akan meningkat. Pixel 4 dipercayai akan menggunakan skrin beresolusi 2280X1080 pixel (19:9) berbanding 2160×1080 pixel (18:9) pada Pixel 3. Pixel 4 XL pula dipercayai akan menggunakan skrin beresolusi 3040X1440 pixel (19:9) berbanding 2960×1440 pixel (18:9) pada Pixel 4 XL.

Jika maklumat yang tertiris ini benar, Apple akan menjadi satu-satunya pengeluar yang menawarkan 4GB RAM pada peranti mercu mereka. Satu-satunya peranti iOS yang dilengkapi 6GB RAM ialah iPad Pro 2018 dengan storan 1TB.

Sumber : Amanz