Lelaki Maut Kereta Honda Accord Terbabas Di Jalan Syed Putra

Kuala Lumpur : Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terbalik di Jalan Syed Putra di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata mangsa G. Arulkumar, 23, yang memandu kereta Honda Accord dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan pada kira-kira pukul 4.20 pagi.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Bernama

Sumber : SiakapKeli