Redmi Kini Mempunyai Power Bank Tersendiri – Menyokong USB-C Dan Harga Sekitar RM35

Jenama Redmi nampaknya semakin berkembang maju sejak kebelakangan ini. Siapa sangka yang pada asalnya hanya pengasingan siri peranti dari Xiaomi ke jenama sendiri, kini sudah mempunyai banyak senarai produk termasuk mesin basuh.

Terkini, Redmi telah melancarkan dua power bank baharu di bawah jenama mereka. Seperti biasa, harganya adalah sangat murah jika dibandingkan dengan jenama lain. Yang pertama adalah Redmi Power Bank 10000mAh, ia adalah satu aksesori kuasa asas yang langsung tidak menyokong pengecasan pantas. Apa yang menarik adalah, ia mempunyai banyak port iaitu 2x USB-A, 1x USB-C dan 1x MirkoUSB. Harga jualan pula adalah RMB59, iaitu sekitar RM35.

Yang kedua adalah Redmi Power Bank 20000mAH. Dari segi rekaan adalah hampir sama dan jumlah port juga adalah sama iaitu, 2x USB-A, 1x USB-C dan 1x MirkoUSB. Apa yang menarik dengan power bank ini adalah ia menyokong pengecasan pantas 18W. Sayang sekali, Redmi tidak menyatakan yang power bank mereka ini mempunyai piawaian USB-PD ataupun tidak. Ia dijual pada harga RMB99, iaitu sekitar RM59.

Kedua-dua power bank ini juga mempunyai lampu LED untuk memberi peringatan kepada pengguna mengenai baki bateri yang masih ada. Ia akan mula dijual pada 23 Julai ini di China.

Sumber : Amanz