Harimau Sesat Berjaya Ditangkap, Seekor Lagi Didakwa Masih Di Dalam Hutan

Semalam, tular di media sosial mengenai dua rakaman yang memaparkan kemunculan harimau yang berkeliaran di Dungun, Terengganu. Walaupun tiada kecederaan yang dilaporkan, kemunculan harimau tersebut juga dianggap sesuatu yang serius kerana boleh mengancam keselamatan penduduk sekitar.

Berikutan itu, pihak Perhilitan telah ke lokasi tersebut dan menjalankan proses untuk menangkap harimau berkenaan. Pada hari ini, Harimau tersebut dilaporkan telah berjaya ditangkap oleh Jabatan PERHILITAN dan berada di bawah pemantauan Pegawai Veterinar dan kakitangan Jabatan.

Harimau jantan tersebut mempunyai berat 130kg ini telah berjaya ditangkap petang tadi sekitar jam 4 petang.

Operasi pencarian juga masih diteruskan bagi menjejak seekor lagi harimau yang dikatakan masih berkeliaran di kawasan hutan tersebut. Orang ramai juga dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terutamanya yang berada di kawasan berhampiran.

Sumber: Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

Sumber : SiakapKeli