Lelaki gigit ular selepas dipatuk, akhirnya kedua-duanya mati

Seorang lelaki berusia 60 tahun maut dipatuk ular di Gujarat, India, namun sebelum itu dia sempat menggigit ular itu sehingga mati. 
Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari Sabtu lalu, ketua kampung Ajanwa berkata, mangsa, Parvat Gala Baria sedang memasukkan barang ke dalam lori sebelum didatangi seekor ular yang keluar dari tempat simpanan jagung.
Dikala orang lain lari lintang pukang, mangsa berdiri dengan tenang dan menangkap ular tersebut. 
“Dia tangkap ular itu yang mematuknya di bahagian tangan dan muka. Namun, Parvat gigit ular itu sehingga mati,” katanya. 
Mangsa dikejarkan ke hospital di Lunawad sebelum dirujuk ke hospital besar. Tetapi doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat bisa haiwan reptilia tersebut. 
Sumber: News 18

Sumber : TheReporter