Jarang-Jarang Berlaku, Wanita Lahirkan Bayi Perempuan Dengan Tiga ‘Kepala’

Seorang ibu sarat hamil dalam kesakitan dikejarkan ke sebuah hospital di Uttar Pradesh dipercayai mahu bersalin, dalam kejadian yang berlaku di India, 18 Julai lepas.

Setibanya di sana, doktor dan ahli keluarga terdekat kepada wanita berkenaan terkejut apabila wanita berkenaan melahirkan seorang bayi, tetapi mempunyai tiga kepala.

Bayi perempuan tersebut mempunyai dua benjolan besar di bahagian belakang kepala dipercayai berpunca dari satu penyakit ganjil jarang-jarang berlaku, encephaloceles.

Pihak hospital pada masa yang sama juga mengesahkan bahawa wanita berkenaan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan ketika melahirkan bayi istimewa tersebut.

Bayi berkenaan dijangka akan dibawa untuk menjalani ujian MRI bagi mengenal pasti sebarang gangguan kesihatan yang memungkinkan keadaan tersebut berlaku.

”Ini adalah satu fenomena kesihatan yang unik. Tubuh badan bayi ini tidak terbentuk dengan sempurna. Imbasan MRI akan dilakukan bagi mengenal pasti apa yang terjadi,” kata doktor.

Menurut kajian yang dilakukan sebelum ini, bayi yang dilahirkan cengan masalah encephaloceles hanya mempunyai peluang untuk hidup setinggi 55 peratus sahaja.

Manakala 75 pertaus bayi yang berjaya membesar pula didapati menanggung derita pelbagai penyakit berkait dengan kesihatan mental.

Sumber: The Sun UK

Sumber : SiakapKeli