Saintis Telah Mampu Menjana Elektrik daripada Kesejukan Angkasaraya

Kelemahan panel
solar yang jelas ialah ia memerlukan cahaya matahari untuk menjana elektrik.
Pasukan saintis antarabangsa telah memperlihatkan buat kali pertama bahawa
tidak mustahil untuk menjana elektrik secara langsung dari kesejukan alam
semesta. Peranti semikonduktor inframerah dihadapkan ke angkasa dan menggunakan
perbezaan suhu antara Bumi dan ruang angkasa untuk menghasilkan elektrik.

“Keluasan alam semesta adalah sumber
termodinamik,”
kata Shanhui Fan. “Dari segi fizik optoelektronik,
terdapat simetri yang sangat indah antara menuai radiasi masuk dan menuai radiasi
keluar.”

Tenaga solar
memanfaatkan tenaga yang masuk ke peranti (device)
untuk menjana elektrik. Tetapi teknologi yang baru ini menjana elektrik
daripada kesan pencahayaan (illumination)
negatif yang muncul apabila haba meninggalkan permukaan. Dengan menghadapkan
peranti mereka ke angkasa – suhu yang hampir mencapai tahap sifar mutlak – sekumpulan
saintis itu dapat mencari perbezaan suhu yang cukup besar untuk menjana kuasa
elektrik melalui reka bentuk awal.

Para saintis itu
mendapati bahawa diod pencahayaan negatif mereka dapat menghasilkan kira-kira
64 nanowatt per meter persegi. Janaan elektrikyang kecil tetapi telah menjadi
bukti penting bahawa mereka meningkatkan janaan tersebut dengan meningkatkan
sifat optoelektronik kuantum bahan-bahan yang mereka gunakan.

Pengiraan yang
dibuat selepas diod menjana elektrik menunjukkan bahawa, apabila kesan
atmosfera diambil kira, peranti yang digunakan secara teorinya boleh menjana hampir
4 watts per meter persegi – kira-kira satu juta kali ganda daripada janaan peranti
yang para saintis itu dapat hasilkan. Janaan itu cukup untuk membantu jentera
kuasa untuk beroperasi pada waktu malam yang sejuk. Sebagai perbandingan, panel
solar hari ini dapat menghasilkan 100 hingga 200 watts per meter persegi.

Walaupun
keputusan menunjukkan harapan untuk peranti di tanah dapat menjana elektrik
dengan menghadap ke langit, Fan berkata prinsip yang sama boleh digunakan untuk
mendapatkan semula haba buangan dari mesin. Buat masa ini, beliau dan
kumpulannya memberikan tumpuan untuk meningkatkan prestasi peranti mereka.

RUJUKAN:

  1. Ono, M., Santhanam, P., Li, W., Zhao, B.,
    & Fan, S. (2019). Experimental demonstration of energy harvesting from the
    sky using the negative illumination effect of a semiconductor photodiode. Applied
    Physics Letters
    114(16), 161102.
  2. American Institute of Physics. (2019, May 6). Experimental device
    generates electricity from the coldness of the universe. ScienceDaily.
    Retrieved July 3, 2019 from www.sciencedaily.com/releases/2019/05/190506163646.htm
  3. Headline: Experimental device generates electricity from the
    coldness of the universe. Link: https://www.sciencedaily.com/releases/2019/05/190506163646.htm
    Source: Science Daily / American Institute of Physics

The post Saintis Telah Mampu Menjana Elektrik daripada Kesejukan Angkasaraya appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots