Rekaan Awal OxygenOS 10 Android Q Diperlihatkan

Pada bulan Februari lepas, OnePlus telah mengadakan pertandingan untuk mereka rekaan antaramuka baharu untuk OxygenOS. Sebulan kemudian, pemenang tekah dipilih dan ia adalah seorang pengguna bernama @Its.Leandroo. Rekaan awal beliau telah diterbit di laman web khas yang anda boleh lihat di pautan di bawah.

Rekaan OxygenOS Oleh @Its.Leandroo

Baru-baru ini, beliau telah dijemput untuk hadir ke mesyuarat bersama dengan pasukan pembangunan OxygenOS. Selepa mengumpul beberapa maklum balas daripada pengguna di forum rasmi OnePlus, beliau turut telah megemaskini lagi rekaan asal beliau. Terdapat 480 rekaan yang direka dan kesemuanya tampak lebih kemas dari sebelum ini. Berikut adalah beberapa rekaan yang diperlihatkan;

Tetapan Awal OxygenOS

Tetapan peranti baharu OnePlus atau selepas format untuk OxygenOS 9 Android Pie menggunakan rekaan yang mirip dengan Android asli seperti Pixel atau Android One. Latar belakang warna putih dengan aksen warna biru. Rekaan baharu masih mengekalkan konsep yang sama, tetapi tampak lebih kemas dan cantik. Terdapat juga tetapan untuk paparan disertakan pada rekaan ini.

Paparan Ambient & Pelancar OnePlus

Untuk paparan ambient, rekaan ini dilihat memaparkan lebih banyak notifikasi, rekaan folder pada pelancar kini lebih kemas, tetingkap terapung mengubah ikon dan akses pantas mempunyai bucu melengkung dan rekaan ikon asal juga lebih dekat dengan rekaan Material Design.

Tetapan, Pengurus Fail, Galeri, Recent Apps, Kamera

Rekaan-rekaan lain seperti pada tetapan, FileDash dalam pengurus fail, aplikasi galeri, Recent Apps, kamera kini mempunyai rekaan yang lebih menenangkan dan juga banyak aksen warna putih. Jika diteliti, rekaan sebenarnya tidak banyak berubah, kerana OxygenOS adalah sistem operasi yang ringkas dan kemas. Cuma ia ditambahbaik dengan kehendak yang ramai pengguna OnePlus inginkan.

Rekaan-rekaan baharu ini sudah pun dibentangkan kepada pasukan OxygenOS. Menurut mereka, beberapa bahagian daripada rekaan ini mungkin tidak akan digunakan atas isu hak cipta. Walau bagaimanapun, dalam OxygenOS 10 berasaskan Android Q kelak – konsep rekaan ini akan diimplementasikan di dalamnya. Kita mungkin akan lihat rekaan ini tidak lama lagi.

Sebelum ini, OxygenOS DP 3 sudah pun mula menggunakan rekaan HydrogenOS dan bukan lagi rekaan Android asli. Jadi, versi stabil yang akan hadir kelak mungkin akan memperlihatkan rekaan sebegini. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Amanz