“Maaf Ya, Pak Cik Nak Solat Kejap,” Berlari Anak Terus Masuk Masjid Lepas Dengar Azan Berkumandang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai orang beranggapan bahawa ibadah itu hanyalah sembahyang, zakat, puasa dan haji sahaja. Berniaga juga merupakan satu ibadah yang dituntut dalam Islam tetapi ia boleh menjadi tidak jika salah kelakuannya. Ada yang sehingga sanggup menggunakan agama semata-mata meraih keuntungan.

Namun, masih ada individu yang sangat patuh dengan agama iaitu seperti seorang Pak Cik yang menjual aneka cucur dan jemput-jemput patuh pada agama dan tidak takut langsung akan kehilangan pelanggannya.

Kisah yang menyentuh hati ini daripada perkongsian Hazirah Halim di laman Facebooknya mengenai kegigihan seorang Hamba Allah di muka bumi ini mengikut jalan diredhai Sang Pencipta.

Katanya, ini kali pertama dia menemui insan seperti Pakcik ini yang berlari anak selepas selesai menjual kepada orang terakhirnya selepas azan Asar berkumandang, pergi ke masjid berdekatan untuk solat.

Saya tergamam tadi. Dah siap bayar, Azan asar berkumandang. Pakcik tu cakap dengan yang lain. Maaf ya, pak cik nak solat kejap. Berlari anak pak cik tu terus ke masjid. Subnahallah! Nampak dari situ pak cik tu cari rezeki kerana Allah. Tanpa rasa ragu atau takut customer tak ada, pak cik ni tinggalkan gerai macam tu je,demi nak solat awal waktu.

Kalau korang datang beli kat sini, mesti dia bagi makan jemput² kat situ. Makan lah bape banyak pun. Bukan tu je, kadang dia bagi lebih dari yang kita beli.

Semoga murah rezeki pakcik, diberi kesihatan yang baik. Kita ini sendiri selesaikan kerja baru nak solat. Kadang sampai dah hujung waktu. Hmmm, sedih kan.

Rata-rata pengikut Facebooknya pun komen mengenai sifat mulia dan keikhlasan pakcik ini menjual cucur di gerai ini. Secara tidak langsung, ramai yang mendoakan kesejahteraan pakcik tersebut.

“Semoga murah rezeki dia dan sihat selalu… Sama-sama kita didik hati letak Allah no. 1”

Kalau bulan puasa dia bagi percuma je…Mase saya pregnant dulu dia bagi free jugak…”

Sumber: Hazirah halim

Sumber : SiakapKeli