Doktor Ini Jelaskan 4 Khasiat Air Kelapa Untuk Ibu Mengandung Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ramai orang tahu pentingnya untuk ibu hamil minum air kelapa muda. Air kelapa ini sangat familiar, khususnya bagi masyarakat di Malaysia dan sekitar negara-negara Asia. Ia banyak manfaatnya, tetapi betulkah semua para bakal ibu tahu apa manfaatnya?

Umum mengetahui khasiat yang ada pada air kelapa muda yang tidak disangkallagi adalah tinggi dengan elektrolit, potasium, vitamin C, sodium dan serat. Selain kepada wanita hamil, orang biasa juga mampu untuk minum ketika demam.

Manfaat yang biasa kita dengar adalah untuk melegakan ibu-ibu hamil daripada mabuk hamil serta mengurangkan pedih ulu hati. Minum air kelapa juga tidak memudaratkan ibu dan bayi. malah ia sangat bagus untuk diminum bila-bila sahaja.

Ini adalah perkongsian daripada Dr Zubaidi mengenai khasiat selain dari nutrisi yang dibekalkan, air kelapa juga memberikan manfaat berikut kepada wanita yang hamil. Antaranya:

1. Mengelakkan berlakunya dehidrasi

Air kelapa muda dapat mengelakkan berlakunya dehidrasi dan rasa mudah penat yang sering dialami oleh wanita yang hamil. Ini kerana air kelapa muda membekalkan banyak mineral yang diperlukan bagi menggantikan mineral yang mungkin hilang semasa membuang air kecil dan berpeluh.

2. Mengurangkan masalah sembelit

Wanita yang hamil selalunya mengalami masalah sembelit. Air kelapa muda mengandungi serat dan cecair yang dapat membantu mengurangkan masalah sembelit. Ia juga dapat mengurangkan rasa mual akibat daripada alahan atau morning sickness.

3. Membantu merawat jangkitan kuman pada saluran kencing

Ini mungkin benda baru bagi anda semua di mana air kelapa muda berfungsi untuk membantu merawat jangkitan kuman pada saluran kencing. Nama lain untuk untuk jangkitan ini adalah kencing kotor yang mungkin terkena pada wanita hamil. Dengan kandungan air dan mineral yang banyak mungkin dapat membantu membunuh kuman di saluran air kencing.

Selain daripada itu, ia juga mengandungi mineral magnesium untuk membantu menurunkan tekanan darah.

4. Membantu meningkatkan ketebalan tubuh

Air kelapa juga mempunyai sebstian antioksidan, vitamin dan mineral yang meningkatkan daya tahan tubuh. Sehubungan dengan itu, air kelapa juga terdapat sebatian monolaurin yang bersifat antivirus dan antibakteria dalam tubuh. Secara tidak langsung ia dapat melindungi ibu dan anak dalam kandungan.

Selain daripada khasiat, terdapat 3 perkara yang ‘jangan’ dilakukan dan mungkin akan memudaratkan.

1. Jangan minum secara berlebihan

Jangan minum air kelapa muda sehingga menggantikan pemgambilan air kosong. Air kosong adalah minuman yang terbaik untuk dehidrasi dan membekalkan nutrisi pada tubuh.

2. Ambil yang bersih

Pemgambilan air kelapa muda mestilah daripada sumber yang segar dan bersih

3. Jika tidak sesuai, elakkan.

Jika anda rasa tidak sesuai untuk tubuh anda semasa hamil, elakkan untuk ambil air kelapa. Berkemungkin, akan ada sesetengah orang berasa mual, pening dan cirit-birit, ia mungkin jarang berlaku tetapi ia boleh terjadi kepada sesiapa.

Oleh itu, air kelapa muda memberikan manfaat yang banyak kepada individu yang meminumnya tidak kira lelki ataupun wanita. Sama ada yang hamil atau tidak. Untuk pengetahuan anda, ia meupakan satu minuman tebaik daripada pengambila air yang berkafein dan bergas dan manis.

Sumber: Dr Zubaidi

Sumber : SiakapKeli