(Video) Lelaki Dirakam Cuba Panjat Sayap Pesawat, Penerbangan Ke Nigeria Terpaksa Ditangguhkan

Seorang lelaki didakwa memanjat sayap pesawat ke arah salah satu enjin kapal terbang tersebut. Tindakannya itu telah mengakibatkan penerbangan dari Lagos, Nigeria terpaksa ditangguhkan.

Dengan keadaan yang cemas, para penumpang berusaha memberi isyarat kepada juruterbang sebelum meneruskan penerbangan. Ada yang meminta untuk membuka pintu kecemasan untuk keluar.

Namun, menerusi satu video yang sempat dirakam oleh salah seorang penumpang, lelaki yang tidak dikenali itu memanjat dan bergerak di atas sayap pesawat Azman Air di lapangan terbang itu.

Satu laporan menyatakan, lelaki yang tidak dikenali itu mempunyai satu beg yang dipercayai dicuri daripada pesawat lain. Menurut pihak berkuasa penerbangan Nigeria telah mengesahkan bahawa lelaki tersebut telah ditahan dan penerbangan diteruskan seperti sedia kala.

Kisah ini mungkin memberi kesamaan dengan kejadian tragedi di mana seorang lelaki bekerja sebagai jurutera maut ketika terjun daripada pesawat Kenya Airway ketika tiba di London.

Sumber: The Sun.uk

Sumber : SiakapKeli