“Balik Dari Laut, Rupanya Isteri Dah 3 Hari Meninggal,” Pilih Hidup Serba Kekurangan, Tapi Syukur Anak Sentiasa Depan Mata

“Dia korbankan kerjayanya dan menjadi suri rumah untuk anak-anaknya. Kehidupan mewah dia dulu..berubah 360 darjah. Tapi dia tetap bersyukur, sebab hari-hari anak dia depan mata.”

Bait-bait ayat tersebut cukup menggambarkan pengorbanan seorang lelaki bernama ayah dalam usaha untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anaknya.

Sebelum ini, dia pernah berkerja di offshore dengan pendapatan mewah setiap bulan, namun setelah isterinya meninggal dunia, dia sanggup mengorbankan kerjayanya itu supaya dapat beri perhatian sepenuhnya kepada anak-anaknya.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Disebabkan itu, dia tidak mampu untuk menghantar anaknya ke sekolah pada setiap hari kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk mengisi minyak kereta. Anak perempuannya merupakan seorang calon SPM pada tahun ini dan juga salah seorang pelajar cemerlang di sekolah.

“Dia betul-betul nak ke sekolah. Tapi kekangan duit, dia tak dapat pergi sekolah. Dia nak belajar, dekat bilik dia penuh nota, jadual waktu belajar dia sendiri.”

https://platform.twitter.com/widgets.js

Kesungguhannya menuntut ilmu di rumah juga dapat dilihat melalui usahanya yang menyusun jadual belajarnya supaya lebih teratur. Selain itu, dia juga telah meletakkan sasaran bagi mata pelajaran SPM yang ingin dicapainya.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Walaupun sedar akan kekurangan dalam kehidupan, gadis ini tidak patah semangat malah terus belajar pada setiap pagi menggunakan buku yang ada.

“Pagi-pagi dia akan belajar dan terus belajar dengan buku yang ada. Walaupun lama tak pegi sekolah. Kalau pergi sekolah, kawan dia pulaukan dia….cikgu tak percaya masalah dia.”

Selain daripada kesusahan kewangan yang dialami, dia juga mempunyai adik lelaki yang mengalami kecacatan penglihatan sejak lahir. Situasi itu memerlukan bapanya untuk terus berada berdekatan dengan anak-anaknya supaya dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya terutamanya anaknya yang OKU.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Kesusahan yang dialami oleh mereka tidak dijadikan penghalang untuk terus belajar supaya mencapai kejayaan. Malah, kekurangan hidup itu menjadi semangat untuk lebih berusaha.

Bagi sesiapa yang sudi membantu keluarga ini, anda boleh terus menghulurkan bantuan menerusi nombor akaun dalam alamat yang disertakan.

Sumber: Asfaridah Umar

Sumber : SiakapKeli