‘Tasbi’ Adalah Gelang Yang Boleh Mimik Sentuhan Atau Pegang Tangan Untuk Set Kepala VR

Faceboom tidak lagi asing dengan produk-produk realiti maya, kerana Oculus adalah milik mereka. Apa yang menarik dengan produk-produk Oculus adalah, ia mempunyai produk set kepala realiti maya – dengan banyak permainan menarik. Kemudian kawalan dan pergerakan adalah sangat imersif, seakan benar-benar berada dalam dunia kedua.

Terkini Facebook Reality Labs, iaitu syarikat Facebook yang menguruskan hal-hal berkait dengan realiti maya telah membuat kajian untuk memberi kesan tindak balas haptik pada tangan. Jika kita menggunakan set kepala VR, getaran hanyalah melalui alat kawalan dan ia tidak begitu hebat. Produk yang dikaji Facebook ini dinamakan sebagai ‘Tasbi’, mampu memberikan kesan tindak balas haptik realistik kepada tangan pengguna.

Ini bermakna, apabila objek dalam dunia VR disentuh, digenggam, diangkat, atau lain-lain – ia akan terasa seperti berlaku di dunia nyata. Ia turut boleh diimplementasikan dalam permainan, antaramuka seseuatu perisian dan juga berpegang tangan atau bersalam-salaman. Perkara ini tidak mustahil untuk dilakukan kerana ‘Tasbi’ menggabungkan getaran dan picitan (dynamic tension adjustment) untuk mimik perasaan sebenar. ‘Tasbi’ menggunakan beberapa sensor penggerak, agar tindak balas haptik boleh dikawal dengan lebih jitu.

Buat masa ini ‘Tasbi’ hanyalah berfungsi sebagai gelang yang boleh mimik sentuhan, picitan sahaja. Tetapi dengan menggunakan perisian, ia boleh dijadikan sebagai alat kawalan yang boleh membaca pergerakan jari-jari. ‘Tasbi’ mungkin akan disertakan bersama-sama dengan Oculus Go versi baharu yang tidak memfokuskan permainan atau juga produk-produk seperti kaca mata AR.

Sumber : Amanz