Honor Malaysia Kini Menawarkan Jaminan Selama 2 Tahun Untuk Peranti Terpilih


Honor Malaysia kini telah hadir dengan promosi khusus, dan menawarkan tempoh jaminan tambahan setahun untuk empat peranti terpilih mereka.

Honor Rileks Beli Je

Dengan promosi khas ini, ia sekaligus memberikan jumlah jaminan untuk peranti Honor 20, Honor 20 Pro, Honor 20 Lite dan juga Honor View20 selama 2 tahun berbanding hanya setahun sebelum ini.

Promosi ini terhad untuk pembelian antara 22 Julai hingga 30 September 2019 ini sahaja. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Honor Malaysia akan melanjutkan penawaran ini selepas tarikh berkenaan. Untuk menebus tempoh jaminan ini, pengguna perlu menebusnya melalui aplikasi HiCare yang ditawarkan untuk peranti Honor.

Selain Honor, pihak Huawei Malaysia turut menawarkan promosi yang lebih kurang sama untuk beberapa peranti keluaran mereka.

Sumber : Amanz