Jangan Ambil Mudah, 7 Sebab Ini Mungkin Buat Rumah Anda Jadi Sasaran Perompak

Hari ini tular sebuah video yang memaparkan satu kejadian rompakan bersenjata yang dipercayai berlaku di Shah Alam. Video yang mula dimuatnaik di laman Twitter itu mendapat lebih dari 70,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen.

Manakan tidak, rakaman CCTV berdurasi 2.20 minit berkenaan menunjukkan tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang menerjah masuk ke dalam sebuah di mana penghuninya sedang bersantai sambil menonton televisyen. Justeru, jenayah yang terjadi tidak kira masa ini ternyata menyebarkan perasaan bimbang di kalangan orang ramai.

Ya, tiada siapa yang tahu bila akan datangnya bencana, oleh itu, kita seharusnya lebih berhati-hati dan bersedia terutamanya dari segi keselamatan. Mungkin ada di antara kita yang terkadang mengambil mudah banyak perkara. Dan itulah punca yang memberikan peluang kepada penjenayah untuk menjadikan anda sekeluarga sebagai mangsa.

Gambar Hiasan

Ini adalah 7 perkara yang mungkin boleh menjadikan rumah anda sebagai sasaran penjenayah.

[1] Rumah anda selalu kosong pada siang hari

Jangan sangka jenayah hanya berlaku pada waktu malam. Satu artikel yang dikeluarkan oleh Pusat Polis di Universiti Albany menyatakan bahawa penjenayah lebih cenderung menyasarkan rumah yang tidak berpenghuni pada siang hari. Mereka selalunya akan mengitip keadaan rumah tersebut untuk beberapa hari sebelum melakukan jenayah.

[2] Selalu membiarkan pintu dan tingkap tak berkunci

Sedangkan rumah yang bertutup rapi pun dimasuki perompak inikan pula yang tidak berkunci, Seorang penjenayah yang ditemu bual menjelaskan bahawa ramai orang yang tidak mengunci pintu mereka. Beliau menjelaskan bahawa ketika berjalan-jalan waktu malam, beliau sering mendapati pintu-pintu dorm pelajar tidak berkunci.

Lalu beliau menggunakan peluang itu untuk mencuri komputer riba, buku, basikal dan game system.

[3] Surat-surat terbiar di peti surat rumah

Sewaktu bercuti, mungkin ada di kalangan anda yang tidak memesan kepada jiran supaya mengambil surat anda. Oleh itu, dengan lambakan surat di peti, seseorang penjenayah dapat mengesan bahawa rumah tersbeut tidak dihuni ketika itu. Perkara tersebut akan memberika peluang kepada penjenayah untuk melaksanakan niat mereka.

[4] Anda mempunyai unit window air conditioners

Pasti ramai di antara anda yang mempunyai penghawa dingin di rumah. Dan tentunya ia merupakan salah satu point penting yang perlu anda tahu. Menurut seorang individu, beliau tidak menggalakkan ornag ramai menggunakan window air conditioners. 

Window air -conditioner

Ini disebabkan kerana penjenayah dapat memanjat dengan mudah bahagian tingkap, menendangnya dan masuk ke dalam rumah berkenaan.

[5] Penjenayah mungkin adalah individu yang berada di keliling anda

Ramai yang tidak sedar bahawa kebanyakkan penjenayah terdiri daripada orang disekeliling kita. Laporan dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mendedahkan bahawa 66 peratus rompakan yang terjadi  dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa

[6] Terlalu menunjuk-nunjuk barang-barang kepunyaan anda

Antara sebab yang paling jelas adalah anda terlalu mendedahkan kepada umum bahawa anda seorang yang berharta. Justeru ia tentunya akan menarik penjenayah untuk menjadikan anda mangsanya.

Gambar Hiasan

[7] Tidak mempunyai sistem keselamatan di rumah

Walaupun sistem penggera mungkin mahal tetapi ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan kadar jenayah. Meskipun masih ramai yang membahaskan mengenai keberkesanan sistem penggera, namun di saat ia berbunyi ketika diceroboh masuk, ia sudah cukup untuk membuatkan si penjenayah panik dan melarikan diri.

Sumber: Fashion Beans

Sumber : SiakapKeli