Didakwa Dibelasah Bekas Teman Lelaki, Wanita Ini Derita Tempurung Kepala Retak Dan Pendarahan Otak

Nasib seorang remaja perempuan dipukul oleh bekas teman lelakinya separuh mati sehinggakan menyebabkan tempurung di kepala retak dan paling menyedihkan, otaknya mengalami kerosakan kekal.

Remaja yang berusia 18 tahun ini berkata kecederaan yang dialaminya sangat ngeri dan menjadi sejarah hitam dalam hidupnya.

Selepas kejadian berlaku, remaja tersebut tidak dapat berjalan dan mengalami tiga kecederaan pada otak, patah tulang pada bahagian mata kanan serta muka juga mengalami pendarahan pada otak yang teruk.

Beberapa orang pakar bedah telah bertungkus lumus menyelamatkan mangasa dengan meletakkan plat logam pada tempurung kepala yang retak itu. Walaubagaimanapun, dia masih lagi kesakitan dan dapat merasa skru-skru logam di dalam kepalanya walaupun sudah tujuh bulan berlalu.

Dia menceritakan detik hitam hidupnya kepada Metro.co.uk di maan pada pukul 5 pagi kejadian dia ditumbuk dan ditendang sehingga jatuh pengsan. Selepas sedar dari pengsan, dia hanya menyedari dirinya berada dalam ambulans.

Kata remaja itu, ada kalanya jika saya bercakap pasti akan lupa apa yang saya katakan itu. Saya juga tidak boleh berbau seperti normal. Namun, dia bersyukur diberi peluang untuk menjalani kehidupan seperti sedia kala walaupun sekarang mempunyai cacat yang kekal.

Justeru, bekas teman lelakinya itu ditangkap selepas ahli keluarga mangsa bertindak melaporkan kepada pihak polis. Lelaki tersebut dijatuhkan hukuman di penjara selama 27 bulan selepas dia mengaku salah mencederakan diri teman wanitanya yang tidak disengajakan.

Remaja ini berharap dia dapat memberi inspirasi kepada golongan wanita lain yang terperangkap dalam hubungan yang menyebabkan kecelakaan dan elakkan dari hubungan yang kasar.

Sumber: Metro.co.uk

Sumber : SiakapKeli