Microsoft Kelak Akan Menyokong Pemasangan Semula Windows 10 Dari Storan Awan

Antara perkara yang kerap kami lakukan suatu masa dahulu ialah melakukan pemasangan semula sistem operasi Windows setahun sekali. Sebuah cakera padat Windows sentiasa disimpan. Kini proses yang sama memerlukan kami memuat turun dahulu satu salinan Windows 10 ke dalam pemacu USB. Di masa hadapan proses pemasangan semula sistem operasi Windows akan boleh dilakukan menerusi storan awan.

Di dalam versi terkini Windows 10 Insider Preview Build 18950. pilihan “Cloud Download” mula diberikan semasa melakukan tetapan semula PC. Salinan Windows 10 akan dimuat turun dari storan awan untuk memulihkan semula PC. Ini adalah fungsi yang sama seperti yang ditawarkan oleh macOS sejak lima tahun yang lalu.

Buat masa ini fungsi memasang semula Windows 10 dari storan awam masih belum berfungsi dan sekadar persediaan untuk ia diaktifkan kepada pengguna program Insider. Ia pastinya berguna bagi mereka yang hanya mempunyai satu PC dan tidak mempunyai cara lain untuk memuat turun satu salinan Windows 10 ke dalam sebuah pemacu USB.

Sumber : Amanz