Insiden Bom Tiga Lokasi, Rakyat Malaysia Di Thailand Diminta Berhati-hati – Kedutaan Besar Malaysia

Kota Bangkok telah digegarkan dengan enam ledakan bom di tiga lokasi pada hari ini. Dalam insiden tersebut, empat orang telah dilaporkan mengalami kecederaan.

Kejadian itu didakwa berpunca daripada perjumpaan mesyuarat keselamatan Asia Tenggara di negara berkenaan yang dihadiri oleh diplomat dari Amerika Syarikat dan China.

Susulan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Thailand dalam satu kenyataan sebentar tadi, meminta rakyat di negara ini yang menetap atau merancang percutian di negara gajah putih tersebut agar mengambil langkah berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Menurut kenyataan itu, warga Malaysia yang berada di sana dinasihatkan untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok. Maklumat perjalanan boleh dikemukakan di laman web [email protected] atau boleh terus menghubungi talian kecemasan +66 87 028 4659.

Ekoran insiden pengeboman yang berlaku di Bangkok, warga Malaysia yang menetap dan sedang bercuti di Thailand diingatkan untuk berhati-hati dan terus mengikuti perkembangan semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Warga Malaysia digalakkan untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok ketika berada di Thailand dengan mengemukakan maklumat perjalanan ke [email protected] Talian kecemasan yang boleh dihubungi adalah +66 87 028 4659.

Due to recent reports of explosions around Bangkok, the Embassy would like to remind Malaysians who are residing or travelling to Thailand to remain vigilant and exercise caution at all times and follow instructions of the local authorities.

Malaysians are encouraged to register themselves with the Embassy of Malaysia in Bangkok via email at [email protected]

In case of emergency, please contact us at emergency no. +66 87 028 4659.

Stay safe & take care!

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA
BANGKOK, THAILAND

Sumber : Embassy of Malaysia, Bangkok

Sumber : SiakapKeli