Aplikasi YouTube Untuk Android Kini Boleh Menstrim Skrin Peranti Secara Langsung

Menstrim secara langsung melalui aplikasi YouTube sudah lama diperkenalkan. Tetapi fungsi ini adalah terhad untuk pengguna dengan jumlah pengikut yang ramai sahaja. Kini, pengguna boleh menstrim terus paparan skrin secara langsung dan tidak lagi terhad kepada menstrim fail dalam peranti atau melalui kamera.

Tujuan fungsi ini diperkenalkan adalah untuk menstrim permua. Fungsi ii dikategorikan sebagai sebahagian daripada YouTube Gaming. Fungsi ini sebenarnya telah wujud pada aplikasi tersendiri YouTube Gaming. Tetapi sejak aplikasi itu dimatikan dan disatukan sebagai satu hab baharu dalam aplikasi YouTube, fungsi ini sudah hilang.

Kebaikan melalui ciri ini adalah, pemain permua tidak lagi memerlukan perisian/alatan/aplikasi tambahan untuk menstrim skrin peranti mereka. Fungsi ini berada dalam aplikasi YouTube versi 14.31.50.

Muat Turun YouTube Di Play Store

Sumber : Amanz