Fitbit Versa 2 Tertiris – Hadir Dengan Sokongan Alexa Dan Mungkin Skrin OLED

Jika sebelum ini Fitbit adalah aksesori menjejak kesihatan, melalui Fitbit Versa ia dipasarkan sebagai jam tangan pintar. Ini bermakna, Fitbit Versa tidak terhad untuk pengguna yang aktif bersukan – tetapi juga untuk pengguna yang ingin menggunakannya sebagai jam tangan pintar biasa. Ia pertama kali dilancarkan pada bulan April tahun lepas.

Terkini, Fitbit mungkin akan melancarkan Fitbit Versa 2 pula. Ia mungkin adalah pengganti kepada Fitbit Versa tahun lepas. Rekaan dan beberapa fungsi baharu Fitbit Versa 2 telah tertiris. Ia ditiriskan oleh peniris terkenal, @evleaks. Antara fungsi baru adalah sokongan pembantu digital Alexa, ini bermakna jam ini akan mempunyai mikrofon. Seterusnya dari segi rekaan, ia kini dilihat menggunakan hanya satu butang dan bukannya tiga butang.

Rekaannya juga kelihatan seperti Apple Watch dengan saiz seakan petak dan skrin dengan kemasan melengkung. Melalui imej resolusi penuh yang @evleaks kongsi, skrin Fitbit Versa 2 mungkin adalah OLED. Tiada sebarang info lain atau bila ia dilancarkan. Tetapi tidak dinafikan, ia mungkin akan dilancarkan penghujung tahun ini. Fitbit mungkin akan bersaing dengan Apple Watch baharu atau Pixel Watch (jika kedua-dua ini diperkenalkan).

Sumber : Amanz