Redmi K20 Pro Menerima Aksesori Alat Kawalan Permainan

Redmi hari ini melancarkan alat kawalan permainan fizikal khusus untuk Redmi K20 dan K20 Pro. Menerusi aksesori ini, permua dapat dimainkan dengan lebih mudah kerana skrin tidak lagi dihalang oleh jari. Ia sebenarnya adalah alat kawalan fizikal yang ditawarkan oleh Black Shark sebelum ini.

Alat pengawal mempunyai empat butang muka, satu tombol kawalan analog dan dua butang bahu. Ia disambung kepada peranti menerusi tambatan bluetooth dan oleh itu turut hadir dengan bateri sebesar 340 mAh. Di China alat kawalan ini ditawarkan pada harga RMB 99 (~RM59) kepada pemilik K20 dan K20 Pro.

Memandangkan ia boleh digunakan pada K20 Pro, ia turut boleh digunakan pada Xiaomi Mi 9T kerana kedua-dua peranti mempunyai rekaan serta spesifikasi yang sama.

Sumber : Amanz